Posts

Showing posts from November, 2023

Saman fitnah: Ramasamy sudah bayar Zakir Naik RM1.52 juta

Image
  P Ramasamy telah membayar RM1.52 juta kepada Dr Zakir Naik sebagai sebahagian daripada penyelesaian saman fitnah pendakwah Islam itu terhadap bekas pemimpin DAP tersebut. Peguam warga India itu, Akberdin Abdul Kader mengesahkan bahawa bekas timbalan ketua menteri Pulau Pinang berkenaan telah membuat pemindahan wang tersebut  pada 17 Nov. Akberdin Abdul Kader "Wang itu dibayar pada 17 Nov," kata Akberdin kepada media hari ini, sambil menambah bahawa dana itu kini disimpan dalam akaun pelanggan yang diuruskan oleh firma guaman yang mewakili Zakir. Peguam itu menambah bahawa sekiranya Mahkamah Rayuan kemudian hari menolak rayuan Ramasamy terhadap keseluruhan keputusan fitnah, maka RM1.52 juta itu akan dipindahkan kepada Zakir. Pada 2 Nov, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mendapati Ramasamy bersalah memfitnah pendakwah kontroversi itu, dan memerintahkan defendan membayar ganti rugi RM1.45 juta dan kos RM70,000 kepada plaintif. Bayaran itu termasuk RM1 juta sebagai gan

Dr M: PN boleh tumbangkan Anwar sama macam langkah 5 MP Bersatu

Image
  Bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad berkata PN masih mampu untuk mengambil alih kerajaan, dengan mengguna pakai kaedah lima ahli parlimen pembangkang yang mengisytiharkan sokongan kepada kerajaan tanpa keluar parti sebelum ini. Mahathir berkata PN juga boleh mendapatkan sokongan ahli parlimen kerajaan untuk menubuhkan pentadbiran baru. "Untuk dirikan kerajaan, PN perlu ada jumlah wakil rakyat lebih 112. Macam mana nak dapat? (Kaedah) sama seperti lima (MP Bersatu) sokong Anwar. (Mereka) tak keluar parti (maka) tak digugurkan (sebagai ahli parlimen). "Kalau ada ahli parlimen tak suka kerajaan, katakan dalam 30 orang daripada Umno, Amanah dan PKR tolak Anwar, (ia boleh) membawa kepada kejatuhan Anwar sebagai perdana menteri. "Dengan itu parti lain termasuk PN boleh pilih orang lain (sebagai perdana menteri) seperti ketika Muhyiddin (Yassin) dijatuhkan selepas 15 ahli parlimen Umno menarik balik sokongan, seterusnya Ismail Sabri jadi perdana menteri. Per

Yasin Sulaiman bebas, diarah ke Hospital Bahagia

Image
                                               PETALING JAYA – Penyanyi dan komposer Yasin Sulaiman dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen di sini sebentar tadi atas tiga pertuduhan dadah. Meskipun dilepas dan dibebaskan, Hakim Faiz Dziyauddin mengarahkan Yasin atau nama sebenarnya Muhammad Yasin Sulaiman, 48, ditempatkan di Hospital Bahagia Ulu Kinta, Perak selama mana tempoh yang diperkenankan Sultan Selangor. Dalam prosiding sebelum ini, pihak pembelaan menutup kes mereka selepas satu-satunya saksi pembelaan iaitu Pakar Perunding Psikiatri Hospital Bahagia Ulu Kinta, Perak Dr. Ian Lloyd Anthony selesai memberi keterangannya   Sepanjang perbicaraan pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Raja Zaizul Faridah Raja Zaharudin dan Ahmad Zuhaini Mahamad Amin manakala peguam Ariff Azami Hussein mewakili Yasin. Dalam bicara bela diri sebelum ini, Dr. Ian Llyord mencadangkan agar Yasin menjalani rawatan secara berterusan akibat kecelaruan bipolar (bipolar disorder) y

Muhyiddin gagal dapatkan pasport secara kekal

Image
  Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur akan terus menyimpan pasport bekas perdana menteri Muhyiddin Yassin, yang berdepan tiga pertuduhan pengubahan wang haram yang dikaitkan dengan program Jana Wibawa. Mahkamah jenayah pagi ini menolak tawaran ahli Parlimen Pagoh itu untuk mendapatkan semula  pasportnya secara kekal bagi tujuan percutian keluarga di London dan pemeriksaan kesihatan di Singapura pada akhir tahun ini. Namun, kata Hakim Azura Alwi pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu masih mempunyai hak untuk memfailkan pemulangan sementara pasportnya bagi tujuan tersebut,  tertakluk kepada kelulusan mahkamah. Susulan penghujahan lisan ringkas oleh peguam Muhyiddin, K Kumaraendran dan timbalan pendakwa raya Ahmad Akram Gharib, Azura kemudian membenarkan pelepasan sementara pasport tertuduh mulai hari ini hingga 15 Jan tahun depan. )

'Bantuan bukan tak sampai, tapi tak dibuat melalui kedutaan Palestin'

Image
  Pengerusi Eksekutif Aman Palestin Abdullah Zaik Abdul Rahman menafikan dakwaan sumbangan rakyat Malaysia untuk Palestin, yang dibuat melalui NGO, tidak sampai kepada orang Palestin. Menurut Abdullah, dakwaan itu timbul ekoran pendirian mereka untuk tidak menyalurkan sumbangan melalui Kedutaan Palestin di Malaysia, sebaliknya terus kepada rakyat di kawasan bergolak tersebut. "Isu ini datang daripada sumber Kedutaan Palestin di Malaysia. Ramai orang tak faham dan percaya, menyebabkan mereka lemparkan tohmahan dan mencetuskan sangkaan buruk kepada NGO-NGO, seolah-olah duit tak sampai (kepada rakyat Palestin). "Sebenarnya bukan NGO tak hantar duit. NGO Malaysia khususnya Aman Palestin sejak 18 tahun lalu (menyalurkan sumbangan). "Kita tidak menyalurkannya melalui Kedutaan Palestin di Malaysia," katanya ketika sidang media di ibu pejabat Aman Palestin di Bandar Baru Bangi, Selangor malam tadi. Turut hadir dalam sidang media adalah CEO Aman Palestin Awang Su

Anwar sedia buktikan di mahkamah Muhyiddin tak hapus hutang peneroka Felda

Image
  Perdana Menteri Anwar Ibrahim bersedia untuk membuktikan di mahkamah dakwaannya bahawa bekas perdana menteri Muhyiddin Yassin tidak mengambil langkah untuk menyelesaikan pelupusan hutang RM8.3 bilion untuk peneroka Felda. Bagaimanapun, Muhyiddin mengulangi bahawa dia telah melaksanakan sepenuhnya penghapusan hutang peneroka Felda pada 2021, dengan menegaskan bahawa Anwar sengaja salah tafsir dan memutarbelitkan perkara itu untuk memfitnahnya. Dalam pernyataan pembelaan yang difailkan pada 10 Okt lepas terhadap saman fitnah Muhyiddin, Anwar memetik justifikasi pembelaan (bersedia untuk membuktikan dakwaan di mahkamah) dan komen yang berpatutan. Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu mendakwa apabila hapus kira hutang RM8.3 bilion diumumkan, tiada sebarang dana kerajaan atau dana kerajaan yang mencukupi sepadan diberikan untuk memastikan Felda dapat memenuhi obligasi-obligasi kewangan mereka. Pinjaman peneroka RM8.3 bilion kekal dalam buku-buku kewangan Felda dan tidak dihapu

Muhyiddin tak akan pertahan jawatan Presiden BERSATU

Image
        SHAH ALAM: Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengumumkan tidak akan mempertahankan jawatan Presiden BERSATU pada pemilihan parti itu yang dijadual berlangsung tahun depan. Sehubungan itu, bekas Perdana Menteri itu berkata, Perhimpunan Agung BERSATU 2023 yang sedang berlangsung kini akan menjadi yang terakhir disertai beliau Presiden BERSATU. "Ini adalah Perhimpunan Agung Tahunan (PAT) terakhir (untuk) saya berdiri di pentas ini sebagai Presiden. Ini kerana pemilihan parti akan datang akan dibuat di peringkat bahagian terlebih dahulu sebelum perhimpunan agung diadakan. "Justeru, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk memohon maaf kepada semua pimpinan dan ahli BERSATU... jika saya melakukan sebarang kesalahan atau kesilapan sepanjang memimpin parti. Pesan saya, jagalah parti ini baik-baik," katanya ketika menyampaikan ucapan dasar Presiden BERSATU hari ini. Muhyiddin ketika menyuarakan hasratnya itu kelihatan tenang, sebelum pengerusi ma

Boikot: Nestle, Starbucks alami kesan negatif

Image
                                                          KUALA LUMPUR – Produk Nestle dan Starbucks di bawah Berjaya Food mengalami kesan negatif susulan boikot yang dilancarkan pengguna. RHB Research menerusi satu nota penyelidikan berkata, kejadian lalu bagaimanapun menunjukkan kesan kecil terhadap perolehan atau harga saham, jika ada, menurut laporan Harian Metro. “Biarpun begitu, kami percaya boikot ini mungkin lebih memberi kesan buruk kepada Starbucks berbanding Nestle. Hal ini demikian memandangkan perbezaan dalam permintaan dan persaingan. “Barangan Starbucks secara amnya bukan keperluan dan berada dalam pasaran yang mempunyai persaingan lebih sengit yang mana pilihan-pilihan lain mudah didapati, manakala barangan Nestle kebanyakannya adalah makanan ruji dan ia memegang bahagian pasaran yang besar dalam kebanyakan segmen barangan yang diceburi. “Buat masa ini, kami tidak mengubah ramalan perolehan sementara menunggu perkembangan lanjut dan bayangan daripada pihak pengurusan,”

Aman Palestin disyaki seleweng dana awam RM70 juta, 41 akaun dibekukan - SPRM

Image
                                                    KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membekukan 41 akaun bank Aman Palestin Berhad (Aman Palestin) dan beberapa entiti syarikat lain yang berkaitan dengan jumlah keseluruhan RM15,868,762.00 semalam. Ia berhubung siasatan agensi penguatkuasaan itu terhadap dakwaan syarikat pertubuhan amal berkenaan menyalahgunakan wang sumbangan orang ramai sejak 17 Oktober lalu. SPRM dalam kenyataan hari ini berkata, pihaknya juga merakam beberapa keterangan saksi penting dan hasil siasatan awal mengenal pasti beberapa isu membabitkan penyelewengan dana dianggarkan berjumlah RM70 juta disalurkan bagi tujuan selain daripada objektif penubuhan syarikat berkenaan. "Sebelum ini, SPRM turut membuat penggeledahan di premis Aman Palestin serta memperoleh dokumen-dokumen berkaitan kewangan dan pengurusan operasi bagi tempoh lima tahun terdahulu.  "Siasatan berkenaan dijalankan bagi mendapatkan keterangan berhubu

ANAK MAKCIK KEMBOJA SOUND NETIZEN

Image
                                               JOHOR BAHRU - Seorang lelaki yang mendakwa dirinya sebagai anak 'Mak Cik Kemboja' tampil di TikTok mencabar netizen agar bersemuka di kilang yang mungkin merujuk kilang milik ibunya. Menerusi hantaran berdurasi 29 saat itu, lelaki tersebut menegaskan jangan berselindung' di sebalik komen-komen di laman sosial kerana yang 'dihina' itu adalah ibunya. "Ha ni, anak Mak Cik Kemboja kat sini. Aku cabar kau...kau 'face' (bersemuka) dengan aku kat kilang ni, yang kau hina tu mak aku tau. "Kalau setakat menyalak macam.......ha ni, anak Mak Cik Kemboja kat sini. Aku dah tak takut kat kau..aku memang tak pernah takut pun kat kau," kata lelaki terbabit. Sebanyak, 14 laporan polis sudah dibuat terhadap wanita terbabit oleh beberapa pihak yang tidak puas hati berkaitan kenyataannya mengatakan orang Melayu sebagai pemalas. Laporan itu telah dibuat oleh pelbagai pihak dan kertas siasatan dibuka

Makcik Kemboja minta ampun kepada TMJ

Image
                                        JOHOR BAHRU - [DIKEMAS KINI] Pemilik sebuah gedung tekstil yang menjalankan perniagaan jahitan pukal di Skudai, Johor yang dikenali sebagai Makcik Kemboja membuat permohonan ampun dipercayai ditujukan kepada Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim berhubung isu menghina Melayu. Wanita berkenaan yang turut dikenali sebagai Madame Mariyah tampil memohon ampun yang dibuat menerusi satu video yang kini tular di media sosial pada Selasa. Menerusi video berdurasi 51 saat itu, Madame Mariyah atau nama sebenarnya Maria Yaakob tampil membuat permohonan ampun itu susulan pengguna media sosial meminta tindakan diambil terhadap Mariyah yang telah menghina orang Melayu. “Bismillahirarahmanirrahim. Ampun Tuanku, beribu-ribu ampun, sembah patik harap diampun. Patik Mariyah binti Yaakob daripada Mariyah Holding Sdn Bhd mengucapkan ribuan terima kasih kepada Tuanku. Untuk rekod, Mariyah menerima kecaman hebat daripada netizen susulan kenyataannya yang m

EJEN MOSSAD BUNUH IMAM PALESTIN

Image
  PETALING JAYA: Sekitar April 2018, dua suspek didakwa melakukan pembunuhan terhadap pensyarah warga Palestin, Dr. Fadi Mohammed Al Batsh. Pembunuh dipercayai menggunakan pasport palsu dari Serbia dan Montenegro untuk memasuki Malaysia. Selepas melakukan jenayah yang dirancang rapi ke atas ahli akademik itu pada 21 April, mereka melarikan diri ke Thailand menggunakan lalaun haram di sempadan Malaysia-Thailand. Pensyarah kejuruteraan elektrik berusia 35 tahun itu ditembak mati oleh dua lelaki berwajah ‘Asia Barat’ yang menunggang motosikal berkuasa tinggi ketika mangsa sedang berjalan dari kondominiumnya di Setapak menuju masjid berhampiran untuk menunai solat Subuh. Beliau dipercayai ditembak 10 kali oleh pembunuhnya. Keluarga warga Palestin itu mendakwa pembunuhan itu dirancang agensi pengintipan/risikan Israel, Mossad, oleh kerana agensi itu diketahui pernah melakukan pembunuhan yang serupa ke atas Hamas dan pemimpin penentang Palestin sebelum ini.   Siapa Dr. Fadi?

KISAH GAZA YANG TAK DICERITAKAN

Image
                                     KUALA LUMPUR - Rakyat Malaysia, Nurul Ain Haron, 37, yang sebelum ini terkandas di Palestin tidak menyangka kegembiraan bertemu keluarga mentua buat kali pertama bertukar menjadi mimpi ngeri apabila Israel sekali lagi menyerang Gaza pada 7 Oktober lalu. Menurutnya, keterujaan untuk berkenalan dengan keluarga mentua telah membuatkan dia lupa bahawa tempat kelahiran suami, Mohamed A Shaat, 33, itu sering berdepan dengan konflik perang. “Sebaik sahaja menjejakkan kaki di bumi Palestin pada 1 Oktober lalu, saya begitu gembira kerana dapat melihat keindahan Gaza. Lebih menyeronokkan apabila keluarga belah suami sambut kehadiran kami dengan begitu meriah ibarat pengantin baharu. “Alhamdulillah, dalam tempoh itu, saya dan suami sempat keluar bersama menikmati janji temu makan tengah hari. Bukan itu sahaja, saya juga berkesempatan keluar dengan ipar duai makan aiskrim. “Bagaimanapun, kegembiraan itu tidak berpanjangan apabila Gaza sekali lagi d

Akaun 3 KWSP untuk kecemasan dijangka dilaksana April depan

Image
                KUALA LUMPUR: Kerajaan menjangkakan 'Akaun Fleksibel' atau Akaun 3 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan dapat dimulakan pada April 2024, kata Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Seri Ahmad Maslan. Beliau berkata, perincian mengenai 'Akaun Fleksibel' itu akan diperjelaskan kepada pencarum selepas KWSP mengumumkan agihan dividen pada Februari tahun depan. Katanya, buat masa ini organisasi atau pihak berkaitan masih boleh memberikan pandangan mereka kepada Kementerian Kewangan dan KWSP mengenai Akaun 3. "Kita sedang meneliti dari sudut kaedah tertentu mengenai akaun ini yang tidak terlalu menjejaskan pendapatan pencarum.   "Akaun 3 akan ada peratusan tertentu dan akan dikeluarkan pada waktu kecemasan sahaja. Bentuk kecemasan itu akan diperincikan kelak. "Ini adalah salah satu langkah kerajaan dalam mendengar keluhan rakyat selepas banyak desakan agar dilaksanakan sekali lagi pengeluaran khas seperti dilaksanakan ketika pan

6.3 juta ahli KWSP bawah 55 tahun miliki simpanan kurang RM10,000

Image
  Isu ketidakcukupan simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) ketika ini berada pada tahap serius apabila 6.3 juta ahli berumur bawah 55 tahun atau 48 peratus mempunyai baki simpanan kurang daripada RM10,000 dalam akaun mereka setakat 30 Sept lepas. Dalam jawapan bertulis yang disiarkan di laman sesawang Parlimen hari ini, Kementerian Kewangan memaklumkan jumlah itu meningkat berbanding 4.7 juta ahli atau 37 peratus yang direkodkan pada April 2020, iaitu sebelum pengeluaran khas berkaitan COVID-19 diperkenalkan. “Dengan simpanan kurang daripada RM10,000, ahli dijangka hanya mempunyai pendapatan persaraan yang kurang daripada RM42 sebulan untuk tempoh 20 tahun. “Implikasi pengeluaran tambahan daripada Akaun 1 juga telah memberikan kesan jangka panjang iaitu pengurangan jumlah simpanan persaraan yang ketara dalam kalangan ahli KWSP,” menurut Kementerian Kewangan.  a bagi menjawab soalan Zulkifli Ismail (PN-Jasin) mengenai inisiatif kerajaan bagi menangani masalah wang

'Bukan ponteng parlimen tapi kami ke Istana Kehakiman'

Image
  Ahli parlimen pembangkang hari ini mempertahan ketidakhadiran mereka pada sesi pagi persidangan Dewan Rakyat, dengan berkata mereka pergi memberi sokongan kepada ‘Himpunan Selamatkan Syariah’ di pekarangan Istana Kehakiman, Putrajaya. Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal (PN-Bukit Gantang) berkata, ketiadaan wakil pembangkang di Dewan Rakyat pagi tadi bukanlah perbuatan ponteng. "Kami selalu hadir dalam Dewan (Rakyat) ini walaupun pagi tadi kami ke Istana Kehakiman untuk memberikan sokongan dan soladiri kepada hukuman syariah. "Tetapi kami dikatakan ponteng, sebenarnya tak ponteng," katanya ketika berbahas di Dewan Rakyat, hari ini. Dia berkata demikian ketika sesi Perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2024 (Belanjawan 2024) peringkat jawatankuasa bagi Kementerian Kesihatan. Pagi tadi, tiada seorang pun ahli parlimen pembangkang di Dewan Rakyat. Mohd Isam Mohd Isa (BN- Tampin) bangkit mencelah dan mememaklumkan kepada Speaker bahawa tiada ahli parlimen

TNB tanggung kos rawatan budak mangsa renjatan elektrik

Image
                                               PETALING JAYA: Tenaga Nasional Berhad (TNB) amat bersimpati terhadap seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun yang terkena percikan arka di pencawang elektrik (PE) Sri Bayu Bayan Lepas, Pulau Pinang, petang semalam. Dalam satu kenyataan hari ini, TNB berkata, pihaknya akan menyalurkan segala bantuan termasuk bagi menanggung kos rawatan dan perubatan yang diperlukan agar mangsa mendapat rawatan yang terbaik. “Wakil Pengurusan TNB telah pun menyantuni ibu bapa mangsa di Hospital Besar Pulau Pinang hari ini. “Dalam lawatan itu, Head of Zone Asset, TNB Pulau Pinang, Ir. Anan Eyam turut menyampaikan bantuan pendahuluan segera kepada keluarga mangsa bagi meringankan beban mereka.,” kata kenyataan itu. Mangsa yang melecur anggota badan sedang dirawat di bilik isolasi, Unit Rawatan Rapi (ICU), di hospital berkenaan. Susulan kejadian itu, TNB bekerjasama dengan pihak polis dan Suruhanjaya Tenaga bagi membantu siasatan dan TNB sendiri

4 bulan tiada menteri KPDN antara kegagalan kerajaan pusat- Ahmad Samsuri

Image
         Ketiadaan pengganti bagi mengisi kekosongan jawatan Menteri Perdagangan Dalam Negeri (KPDN) dalam tempoh panjang merupakan antara kegagalan kerajaan persekutuan, kata calon Perikatan Nasional (PN) Ahmad Samsuri Mokhtar. Selain itu katanya, pentadbiran Perdana Menteri Anwar Ibrahim turut gagal menyelesaikan banyak masalab dihadapi rakyat. "Kita boleh tengok bagaimana Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dah empat bulan tidak ada menteri yang secara langsung bertanggungjawab. "Jadi kenapa perkara begini boleh timbul dalam keadaan kita berdepan dengan pelbagai masalah?  “Sebab itulah rakyat kena hantar mesej yang jelas bahawa kita mahu berikan kemenangan kepada PAS,” katanya kepada media selepas turun berkempen di Unit Daerah Mengundi (UDM) Chukai, hari ini Sementara itu Menteri Besar Terengganu itu juga berkata sokongan pengundi di Kemaman semakin meningkat terhadapnya selaku calon parlimen kawasan itu. “Saya rasa benda ini (sokongan) jelas, kita tengok di me

McDonald's Malaysia bayar zakat perniagaan 2023 RM2 juta

Image
      ZAKAT merupakan rukun Islam ketiga yang diwajibkan kepada setiap orang yang beragama Islam. Dalam dunia perniagaan, pembayaran zakat adalah wajib selagi masih wujud harta atau keuntungan yang dihasilkan daripada aktiviti perniagaan sama ada yang melibatkan barangan atau perkhidmatan. Justeru, McDonald's Malaysia terus komited membayar zakat perniagaan berjumlah hampir RM12 juta kepada 14 negeri di seluruh Malaysia sejak syarikat itu mula membayar zakat tujuh tahun yang lalu. Bukan itu sahaja, McDonald's Malaysia turut bertekad untuk komited menjadi syarikat yang prihatin terhadap komuniti dengan meningkatkan program-program kemasyarakatan setiap tahun.   Salah satu usahanya pada tahun ini ialah melaksanakan pembayaran zakat sebanyak RM2 juta kepada agensi-agensi mengurus zakat yang diiktiraf oleh Majlis Agama Islam di setiap negeri. Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan, McDonald Malaysia, Datuk Azmir Jaafar berkata sebagai sebuah syarikat yang dimili

'US pada nama US Pizza bemaksud kita, bukan Amerika'

Image
                                     Susulan gerakan boikot terhadap syarikat yang dikatakan mempunyai kaitan dengan Israel dan Amerika Syarikat (AS), restoran pizza, US Pizza mengambil langkah awal memberi penjelasan mengenai nama perniagaan itu. Bagaimanapun, tindakan itu sebaliknya membuka mata netizen sejak semalam, yang menyebabkan perbincangan hangat di platform dalam talian seperti forum Reddit dan Forum Lowyat. Ketua Pegawai Eksekutif Wealth Link Freedom Sdn Bhd, Mohd Sobree Ali menerusi notis yang dikeluarkan berkata, US pada nama syarikat itu bukan bermaksud Amerika Syarikat. “Adalah dimaklumkan bahawa US Pizza merujuk kepada perkataan ‘us’ (dalam Bahasa Melayu ‘kita’). Ia benar-benar sebuah syarikat tempatan. “US Pizza di Taman Prima Saujana, Kajang, Selangor adalah entiti perniagaan Muslim. Syarikat ini milik keluarga saya dan saya sendiri. "Kami ingin mengalu-alukan kedatangan anda semua ke restoran kami dan menikmati makanan yang kami tawarkan," menu

McDonald's guna Akta Hasutan di sebalik kempen boikot yang semakin menyengat

Image
  Pendedahan McDonald's mengenai usahanya bekerjasama dengan kerajaan untuk mendakwa mereka yang menyeru boikot di bawah Akta Hasutan dilihat memburukkan lagi krisis perhubungan awam (PR) yang dihadapi francais makanan segera itu, dengan seorang peguam hak asasi melahirkan rasa terkejut dengan langkah syarikat itu untuk menggunakan undang-undang yang dikecam ramai pihak. Pengumuman itu dibuat pada 3 November lalu menerusi media sosial oleh Ketua Pegawai Teknologi McDonald's Malaysia, Zaid Hasman, tetapi mula menjadi bahan bualan sejak beberapa hari kebelakangan ini apabila ramai netizen menyatakan rasa terkilan dengan langkah syarikat itu mendapatkan bantuan pihak berkuasa. Dalam kirimannya yang telah pun dipadamkan, Zaid Hasman berkongsi gambar beliau dan beberapa pegawai kanan McDonald's Malaysia bersama Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), Mohamad Salim. S SKMM, pengawal selia

Rayuan pendakwaan kes VLN Zahid pada 18 Mac depan

Image
   Mahkamah Rayuan secara tentatif menetapkan 18 Mac tahun depan untuk mendengar rayuan pihak pendakwaan yang memohon membatalkan pembebasan Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi dalam kes rasuah sistem visa asing (VLN). Mahkamah Rayuan awal hari ini menetapkan tarikh perbicaraan sekiranya peguam negara menolak representasi menteri pembangunan luar bandar dan wilayah itu untuk pendakwa menggugurkan rayuan. Ketika dihubungi petang ini, peguam Hisyam Teh Poh Teik   (gambar, bawah)   yang mewakili Zahid mengesahkan perkara itu. "Ya, sekiranya representasi ditolak," jawab peguam kanan itu apabila ditanya mengenai tarikh tentatif itu. Hisyam juga berkata mahkamah rayuan menetapkan 29 Jan tahun depan untuk pengurusan kes bagi pihak pendakwaan dan pasukan pembelaan mengemas kini sama ada AG menerima representasi itu atau tidak. Pendakwa raya merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam tahun lalu yang melepas dan membebaskan (DAA) Zahid daripada 40 pertuduhan rasuah yan