Makcik Kemboja minta ampun kepada TMJ

                                Tangkap layar video 'Makcik Kemboja' yang dipercayai memohon ampun kepada TMJ.



JOHOR BAHRU - [DIKEMAS KINI] Pemilik sebuah gedung tekstil yang menjalankan perniagaan jahitan pukal di Skudai, Johor yang dikenali sebagai Makcik Kemboja membuat permohonan ampun dipercayai ditujukan kepada Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim berhubung isu menghina Melayu.

Wanita berkenaan yang turut dikenali sebagai Madame Mariyah tampil memohon ampun yang dibuat menerusi satu video yang kini tular di media sosial pada Selasa.

Menerusi video berdurasi 51 saat itu, Madame Mariyah atau nama sebenarnya Maria Yaakob tampil membuat permohonan ampun itu susulan pengguna media sosial meminta tindakan diambil terhadap Mariyah yang telah menghina orang Melayu.

“Bismillahirarahmanirrahim. Ampun Tuanku, beribu-ribu ampun, sembah patik harap diampun. Patik Mariyah binti Yaakob daripada Mariyah Holding Sdn Bhd mengucapkan ribuan terima kasih kepada Tuanku.

Untuk rekod, Mariyah menerima kecaman hebat daripada netizen susulan kenyataannya yang mendakwa dirinya keturunan Kemboja lebih rajin bekerja berbanding orang Melayu yang disifatkannya sebagai pemalas.

Susulan itu, Mariyah tampil membuat permohonan maaf secara terbuka berhubung tindakannya itu.

 

Bagaimanapun, Mariyah tampil memohon ampun susulan kenyataan daripada Tunku Ismail yang mengatakan sebelum ini tidak ada pihak yang memintanya mengambil tindakan terhadap kenyataan daripada Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman (ketika itu) pada 2018 lalu selain kenyataan daripada bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad.

“Tahun 2018 MP (Ahli Parlimen) Muar mengatakan zaman Ketuanan Melayu telah berakhir. Tun (Mahathir) dah berpuluh tahun kata ‘Melayu malas’. Tapi tak ada pula orang tag saya suruh ambil tindakan,” respons ringkas Tunku Ismail di X,” katanya.

Sumber: Sinar Harian

 


Comments

Popular posts from this blog

TABUNG HAJI DEDAH MODUS OPERANDI TERBARU SCAMMER MENGGUNAKAN NAMA TABUNG HAJI

Kerajaan sedia perinci kenaikan gaji penjawat awam

Sanusi dedah kronologi isu kontrak beras 100 juta