EJEN MOSSAD BUNUH IMAM PALESTIN

 Jenazah Dr Fadi selamat dikebumikan

PETALING JAYA: Sekitar April 2018, dua suspek didakwa melakukan pembunuhan terhadap pensyarah warga Palestin, Dr. Fadi Mohammed Al Batsh.

Pembunuh dipercayai menggunakan pasport palsu dari Serbia dan Montenegro untuk memasuki Malaysia.

Selepas melakukan jenayah yang dirancang rapi ke atas ahli akademik itu pada 21 April, mereka melarikan diri ke Thailand menggunakan lalaun haram di sempadan Malaysia-Thailand.

Pensyarah kejuruteraan elektrik berusia 35 tahun itu ditembak mati oleh dua lelaki berwajah ‘Asia Barat’ yang menunggang motosikal berkuasa tinggi ketika mangsa sedang berjalan dari kondominiumnya di Setapak menuju masjid berhampiran untuk menunai solat Subuh.

Beliau dipercayai ditembak 10 kali oleh pembunuhnya.

Keluarga warga Palestin itu mendakwa pembunuhan itu dirancang agensi pengintipan/risikan Israel, Mossad, oleh kerana agensi itu diketahui pernah melakukan pembunuhan yang serupa ke atas Hamas dan pemimpin penentang Palestin sebelum ini.

 

Siapa Dr. Fadi?

Beliau merupakan tokoh muda yang dihormati dalam kalangan diaspora Palestin di seluruh dunia tetapi tidak ramai orang Malaysia tahu mengenainya.

Berasal dari Jabaliya, Gaza dan merupakan pensyarah di UniKL.

Pakar kejuruteraan elektrik dalam penghasilan roket.

Menetap di Malaysia sejak enam tahun lepas

Sering terlibat dalam aktiviti NGO di Malaysia menanam kesedaran mengenai isu-isu Palestin dan konflik Asia Barat.

Pagi ini di Gaza, Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia (CGM), Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman dalam hantaran terbaharunya di Facebook memberitahu, pengintip dan pembunuh Dr. Fadi dikatakan telah ditahan di sana.

Muhammad Nadir kemudiannya menulis: “Pembunuh tersebut masuk ke Gaza dan menghubungi pihak penjajah untuk meminta duit. Perbualannya diintip pihak keselamatan Gaza dan ditangkap. Dia memaklumkan membunuh Imam Fadi bersama lelaki lain di KL ketika itu”.

Sumber: Utusan Harian


Comments

Popular posts from this blog

TERKINI : NAJUB DAPAT PENGAMPUNAN?

Bagaimana mendaftar di Padu dan maklumat diperlukan

Bonus! Penjawat awam dapat RM2,000, pesara RM1,000