TNB tanggung kos rawatan budak mangsa renjatan elektrik

                                     Mohd Khairi Abdul Ghani, 38, dan isteri, Suhana Samsudin, 37, menunjukkan foto anaknya, Mohd Dawisy Zarif (kiri) yang kini ditidurkan selepas melecur hampir seluruh badannya akibat terkena renjatan elektrik. - NSTP/Zuhainy Zulkiffli

PETALING JAYA: Tenaga Nasional Berhad (TNB) amat bersimpati terhadap seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun yang terkena percikan arka di pencawang elektrik (PE) Sri Bayu Bayan Lepas, Pulau
Pinang, petang semalam.

Dalam satu kenyataan hari ini, TNB berkata, pihaknya akan menyalurkan segala bantuan termasuk bagi menanggung kos rawatan dan
perubatan yang diperlukan agar mangsa mendapat rawatan yang terbaik.

“Wakil Pengurusan TNB telah pun menyantuni ibu bapa mangsa di Hospital Besar Pulau Pinang hari ini.

“Dalam lawatan itu, Head of Zone Asset, TNB Pulau Pinang, Ir. Anan Eyam turut
menyampaikan bantuan pendahuluan segera kepada keluarga mangsa bagi meringankan
beban mereka.,” kata kenyataan itu.

Mangsa yang melecur anggota badan sedang dirawat di bilik isolasi, Unit Rawatan Rapi (ICU),
di hospital berkenaan.

Susulan kejadian itu, TNB bekerjasama dengan pihak polis dan Suruhanjaya Tenaga bagi
membantu siasatan dan TNB sendiri telah menubuhkan pasukan siasatan dalaman selaras dasar operasi syarikat yang memberi keutamaan kepada keselamatan. 

Dalam insiden semalam, mangs dikatakan memasuki rumah PE itu untuk mengambil bola yang terpelanting masuk.

Namun mangsa dikatakan terkena  renjatan ketika berada dalam rumah tersebut.

Sumber: Utusan

 

 

Comments

Popular posts from this blog

TABUNG HAJI DEDAH MODUS OPERANDI TERBARU SCAMMER MENGGUNAKAN NAMA TABUNG HAJI

Kerajaan sedia perinci kenaikan gaji penjawat awam

Sanusi dedah kronologi isu kontrak beras 100 juta