'Bantuan bukan tak sampai, tapi tak dibuat melalui kedutaan Palestin'

 Jongkong emas bagi manfaat pelaburan- Aman Palestin - Kosmo Digital

Pengerusi Eksekutif Aman Palestin Abdullah Zaik Abdul Rahman menafikan dakwaan sumbangan rakyat Malaysia untuk Palestin, yang dibuat melalui NGO, tidak sampai kepada orang Palestin.

Menurut Abdullah, dakwaan itu timbul ekoran pendirian mereka untuk tidak menyalurkan sumbangan melalui Kedutaan Palestin di Malaysia, sebaliknya terus kepada rakyat di kawasan bergolak tersebut.

"Isu ini datang daripada sumber Kedutaan Palestin di Malaysia. Ramai orang tak faham dan percaya, menyebabkan mereka lemparkan tohmahan dan mencetuskan sangkaan buruk kepada NGO-NGO, seolah-olah duit tak sampai (kepada rakyat Palestin).

"Sebenarnya bukan NGO tak hantar duit. NGO Malaysia khususnya Aman Palestin sejak 18 tahun lalu (menyalurkan sumbangan).

"Kita tidak menyalurkannya melalui Kedutaan Palestin di Malaysia," katanya ketika sidang media di ibu pejabat Aman Palestin di Bandar Baru Bangi, Selangor malam tadi.

Turut hadir dalam sidang media adalah CEO Aman Palestin Awang Suffian Awang Piut dan peguam badan itu, Muhammad Rafique Rashid Ali.

Abdullah berkata lagi, rakyat Malaysia sendiri memang tidak setuju jika bantuan disalurkan menerusi Kedutaan Palestin di Malaysia.

Dia mendakwa masalah yang menimpa Aman Palestin pada masa ini berpunca daripada tanggapan yang dimulakan Kedutaan Palestin di Malaysia.

"Ini tragedi yang sangat menyedihkan kerana tohmahan atau cerita palsu ini dijadikan hakikat dan tindakan undang-undang diambil ekoran persepsi buruk dan tak berasas langsung.

"Ini antara masalah besar yang mengheret kita kepada apa yang berlaku hari ini," dakwanya lagi.

Pada 21 November lalu, Awang Suffian menjelaskan sejak 2009, Aman Palestin membuka pejabat sendiri di Gaza dan setiap bantuan dan wang tunai diberikan secara terus kepada penduduk di sana dan juga Tebing Barat.

Pejabat itu berperanan sebagai pusat pengumpulan bantuan sebelum diagihkan, katanya seperti dipetik Astro Awani.

Terdahulu, SPRM bertindak membeku 41 akaun bank milik Aman Palestin Berhad dan entiti syarikat lain melibatkan wang berjumlah RM15 juta.

Pembekuan dibuat berkaitan siasatan penyalahgunaan wang sumbangan dan dibuat di bawah Akta SPRM 2009, Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan Dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA 2001) dan Kanun Keseksaan (Akta 574)

Comments

Popular posts from this blog

TERKINI : NAJUB DAPAT PENGAMPUNAN?

Bagaimana mendaftar di Padu dan maklumat diperlukan

Bonus! Penjawat awam dapat RM2,000, pesara RM1,000