Posts

Showing posts from August, 2023

Ribut rosakkan persiapan sambutan Hari Kebangsaan di Stadium Perak

Image
                                       IPOH: Persiapan perbarisan sempena sambutan Hari Kebangsaan 2023 peringkat negeri di perkarangan Stadium Perak, di sini, esok, dilihat terjejas susulan ribut melanda petang tadi Visual dan gambar yang memaparkan persiapan sambutan dijadual berlangsung pagi esok yang turut dihadiri kenamaan, termasuk khemah, pentas dan kerusi diterbangkan angin turut tular di media sosial petang tadi. Tinjauan di tempat kejadian pada jam 7 malam tadi mendapati beberapa khemah bersaiz besar yang disediakan termasuk di pentas utama bagi menempatkan tetamu kenamaan dan khemah tetamu jemputan ranap akibat angin kencang, selain pokok serta tiang lampu jalan tumbang di kawasan berdekatan. Puluhan anggota pasukan beruniform termasuk polis, bomba, Angkatan Pertahanan Awam (APM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA), p...

Tak mustahil Umno berkubur di Johor kerana aura Sanusi - Tun M

Image
      Putrajaya: Bayangan diberikan Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor bahawa Umno akan berkubur di Johor adalah perkara yang tidak mustahil boleh berlaku, kata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad. Beliau berkata, pengaruh dan pendirian yang ditunjukkan Ketua Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN) itu boleh membawa perubahan kepada pendirian politik rakyat di Johor. "Ada kemungkinan (Umno berkubur di Johor). Walaupun pengaruh dia (Muhammad Sanusi) di Johor tidak sama di Kedah tapi ramai orang mengikuti pendirian MB Kedah," katanya. Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas program ilmu Minggu Negarawan membincangkan tajuk Peradaban dan Sosiologi di Yayasan Kepimpinan Perdana di sini, yang beliau menjadi salah seorang panel jemputan. Semalam, Muhammad Sanusi menyifatkan Johor bukan lagi kubu kuat Umno, sebaliknya memberi bayangan parti berusia lebih tujuh dekad itu akan terkubur disebabkan gelombang...

ISU PENGHINAAN INSTITUSI DIRAJA: POLIS RAKAM KETERANGAN TUN MAHATHIR

Image
  Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini telah dirakam keterangan bagi membantu siasatan berhubung kenyataan berunsur penghinaan terhadap institusi raja seperti yang disiarkan sebuah portal berita pada 6 Jun lepas. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata turut diambil keterangan bagi membantu siasatan adalah bekas Pengerusi Pejuang Wilayah Persekutuan Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan dan bekas Timbalan Presiden Pejuang Datuk Marzuki Yahya. Beliau berkata kes masih di peringkat siasatan dan orang ramai dinasihatkan agar tidak membuat spekulasi atau berkongsi maklumat yang salah hingga mengganggu proses siasatan. “Kes disiasat oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT), Bahagian D5, Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya dalam kenyataan malam ini. Mohd Shuhaily (gambar, atas) dalam kenyataan berasingan juga m...

‘Ada dana firma perjudian digunakan biayai kempen pilihan raya’

Image
  Siasatan SPRM didakwa menemui bukti yang menunjukkan bahawa dana daripada beberapa syarikat perjudian  digunakan untuk membiayai sekurang-kurangnya tiga kempen pilihan raya sejak 2018. Sekurang-kurangnya 14 orang dilaporkan telah ditahan dan lebih ramai lagi akan dipanggil bagi menyelesaikan skandal perjudian membabitkan rasuah berkenaan. Utusan Malaysia melaporkan, SPRM mendapati dana bernilai RM6 juta hing­ga RM7 juta itu dipercayai di­terima orang kenamaan dan pemimpin politik selepas syarikat perjudian ter­sebut diberi lesen mengope­rasikan aktiviti mesin slot di kelab persendirian dan persa­tuan dimiliki syarikat pengendali mesin judi. Sebahagian daripada dana itu kemudiannya didakwa digunakan untuk membiayai kempen semasa pilihan raya umum ke-14 dan ke-15, serta enam pilihan raya negeri baru-baru ini. Siasatan SPRM mendapati, selain dana bagi tujuan politik, syarikat judi tersebut juga dikatakan dipaksa menaja pelbagai aktiviti membabitkan VIP dan pemim...

AIR PASANG MERAH PUNCA IKAN HIDUPAN LAUT MATI DI PULAU PINANG

Image
                               Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, pihaknya akan mendapatkan maklumat berkenaan daripada Jabatan Perikanan dan Jabatan Alam Sekitar serta memantau fenomena berkenaan. ”Kejadian berpunca daripada red waves (air pasang merah), ini memang satu gejala yang berlaku dari semasa ke semasa, saya dimaklumkan ada kejadian ini. ”Kita akan dapat maklumat daripada Jabatan Perikanan dan Jabatan Alam Sekitar, kita akan pantau kejadian ini,” katanya di sini, hari ini. Terdahulu, Kosmo! Online melaporkan nelayan-nelayan di sekitar kawasan Teluk Bahang sehingga ke Sungai Pinang di Balik Pulau meluahkan kebimbangan dengan fenomena yang didakwa berlalu sejak dua hari lalu. Nelayan setempat mendakwa air pasang merah itu yang mengakibatkan ikan serta hidupan laut mati berlaku bermula kira-kira 1 kilometer iaitu di kawasan Muka Head sehingga ke kawasan pesisir pantai di sekit...

PN syok sendiri? Bualan mulut BN saja, kata Hamzah

Image
  PRK PULAI | Setiausaha Agung Bersatu Hamzah Zainudin hari ini berkata BN boleh kekal dalam penafian berhubung gelombang sokongan yang semakin meningkat terhadap PN, termasuk di Johor. Bercakap kepada pemberita di luar pusat penamaan calon untuk P161 Pulai, Hamzah berkata BN bebas untuk mendakwa PN sedang "syok sendiri" mengenai tahap sokongan yang diraihnya. "Mereka boleh kata kita syok sendiri tetapi yang penting itu adalah denial syndrome yang ada pada mereka. "Masa PRN baru ni pun mereka kata kita syok sendiri juga, jadi ayat syok sendiri itu adalah bualan dari mulut mereka," katanya. Pada pilihan raya umum ke-15, PN meletakkan Loh Kah Yong daripada Gerakan dalam pertandingan tiga penjuru untuk parlimen Pulai, menentang penyandang wakil rakyat PH Allahyarham Salahuddin Ayub dan Ketua Umno Bahagian Pulai Nur Jazlan Mohamed. Hari ini, Hamzah dan pemimpin PN lain daripada Bersatu dan PAS mengiringi calon mereka, Timbalan Ketua Bahagian Bersatu ...

Ahli PAS sertai Amanah kerana takut kalah, dakwa Hadi

Image
        PRK JOHOR | Presiden PAS, Abdul Hadi Awang, mendakwa tindakan segelintir ahli dan bekas pemimpin parti itu menyertai Amanah adalah kerana takut kalah dalam pilihan raya. Berucap dalam Ceramah Perdana PN Johor malam tadi, Abdul Hadi turut menyifatkan mereka sebagai lemah semangat sehingga sanggup meninggalkan dasar perjuangan PAS. “Terdapat kalangan PAS yang lemah semangat, yang lemah semangat dan sayang nak tinggalkan DAP. Takut tak menang pilihan raya. “(Orang) Yang takut tak menang itu yang masuk parti Amanah ini dan yang ikut parti Amanah ini (adalah) kerana nak menang pilihan raya. "Sanggup meninggalkan prinsip dasar perjuangan (PAS),” katanya di Markas PAS Kawasan Bakri, Muar, malam tadi. PAS-PN dalam usaha mereka merampas dua kerusi yang ditinggalkan Allahyarham Salahuddin Ayub iaitu kawasan parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram. PN meletakkan Timbalan Ketua Bersatu Pulai, Zulkifli Jaafar sebagai calon dalam PRK peringk...

Menantu Muhyiddin, peguam dikenakan notis merah Interpol

Image
    Menantu Muhyiddin Yassin dan seorang peguam telah diletakkan dalam senarai notis merah Polis Antarabangsa (Interpol) kerana dikehendaki Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Menurut Utusan Malaysia , perkara ini disahkan oleh Ketua Polis Negara Razarudin Husain. “Ya,sudah. Tindakan notis merah dikenakan terhadap mereka," katanya kepada akhbar harian itu. Dua individu itu ialah Muhammad Adlan Berhan, yang berkahwin dengan anak Muhyiddin, Nabilah, dan Mansoor Saat, seorang peguam dan tokoh penting dalam NERS Sdn Bhd. SPRM mendakwa mereka dikehendaki berhubung projek yang melibatkan pendaftaran dan penyimpanan maklumat biometrik untuk pekerja asing. Kedua-duanya melarikan diri dari negara pada bulan Mei. Utusan Malaysia memetik sumber tanpa nama yang mendakwa Muhammad Adlan meninggalkan negara ini melalui sempadan Johor Bahru. “Dia dipercayai berlepas ke negara ketiga,” kata sumber itu. Muhammad Adlan, melalui peguamnya, mengeluarkan kenyataan yang mendakwa...

Gagal ekstrak data, CVR akan dihantar ke Amerika Syarikat

Image
  KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Data perakam suara kokpit (CVR) pesawat jenis Beechcraft Model 390 (Premier 1) yang terhempas di Persiaran Elmina, Khamis lalu gagal diekstrak pihak makmal di Singapura. Sehubungan itu Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, CVR berkenaan akan dihantar ke kilang pengeluar di Florida, Amerika Syarikat (AS) dalam masa terdekat selepas mendapat maklumat daripada Biro Siasatan Keselamatan Pengangkutan Udara (BSKU) pada Selasa. "Pagi tadi saya mendapat laporan daripada ketua biro (BSKU), makmal di Singapura juga tak dapat keluarkan rakaman suara tersebut. Jadi ada beberapa isu teknikal, kekangan yang tidak dapat mengeluarkan rakaman tersebut. "Ketua biro akan balik ke Kuala Lumpur petang ini (Selasa) dan memberikan penjelasan kepada saya. Tindakan susulan mungkin perlu hantar 'memory puck' ke AS untuk dianalisa. "Kita akan membuat perancangan seawal mungkin untuk membenarkan pasukan BSKU pergi ke Florida un...

Keterangan Zeti buktikan saya betul pecat Apandi - Dr M

Image
          Bekas perdana menteri, Dr Mahathir Mohamad mendakwa keterangan bekas Gabenor Bank Negara, Zeti Aziz adalah bukti bekas peguam negara, Apandi Ali mengabaikan tugasnya. Dalam hantaran di media sosial, Mahathir turut mempersoalkan mengapa kerajaan ketika pimpinan bekas perdana menteri Ismail Sabri Yaakob menyelesaikan saman pemecatan Apandi di luar mahkamah. “Saya tersentak apabila membaca laporan berita bahawa, semasa perbicaraan melibatkan 1MDB, Zeti menyatakan dia telah melaporkan kepada Peguam Negara ketika itu iaitu Apandi kesalahan pegawai 1MDB. "Tetapi Peguam Negara tidak mengambil apa-apa tindakan. Ini seolah-olah bagi saya pengabaian tugas. Namun Apandi telah menyaman saya kerana pemecatan secara salah. Saya bersedia untuk ke mahkamah bagi menjelaskan mengapa saya perlu membuangnya," kata Mahathir. Mahathir memecat Apandi sejurus selepas PH membentuk kerajaan pada Mei 2018 dan menggantikannya dengan Tommy Thomas. Pada 13 Okt 2020, Apan...

'Jaga diri' - Tan Sri Musa Hassan

Image
   Kuala Lumpur: Penyelia agensi penguatkuasaan di negara ini perlu memantau setiap aktiviti yang dilakukan 'anak buah' mereka. Bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan berkata, pihak atasan boleh dipertanggungjawabkan atas salah laku yang dilakukan oleh pegawai bawahan mereka. "Setiap pegawai dan anggota adalah di bawah penyeliaan pegawai atasan atau ketua mereka. Oleh itu ketua atau pegawai atasan perlu memantau dan bertanggung jawab terhadap tindakan pegawai bawahannya. "Setiap pegawai dan anggota tidak boleh bertindak atau berkelakuan yang boleh menjatuhkan imej pasukan. "Lebih-lebih lagi jika bertindak atau berkelakuan yang melanggar undang-undang yang menjadi satu kesalahan," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini. Beliau berkata, pegawai dan anggota penguat kuasa perlu menjaga diri dan lebih berdisiplin dalam menjalankan tugas. "Kebiasaannya tiada keperluan untuk pegawai penyiasat 'menghiburkan' individu tertentu ke...

Datuk K: Dana RM10 juta Yayasan Akalbudi pada Armada Holdings untuk pelaburan

Image
      Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur hari ini diberitahu bahawa pemberian dana RM10 juta oleh Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi melalui Yayasan Akalbudi (YAB) kepada Armada Holdings Sdn Bhd untuk membida tender sebagai syarikat pembekal arang batu kepada Tenaga Nasional Berhad (TNB) bagi tujuan pelaburan. Ahli perniagaan Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa (gambar judul) atau lebih dikenali sebagai Datuk K, 64, berkata wang RM10 juta itu juga telah dikembalikan berserta faedah sebanyak RM69,722.65 kepada yayasan tersebut dan yayasan berkenaan tidak mengalami apa-apa kerugian serta memperoleh keuntungan yang sama atau sepatutnya. Khalid bagaimanapun tidak bersetuju dengan cadangan Timbalan Pendakwa Raya Datuk Mohd Dusuki Mokhtar bahawa dana itu adalah satu pinjaman dan beliau (Khalid) tidak pernah terlintas untuk menolak pelawaan Ahmad Zahid untuk membantu memberikan dana RM10 juta. Disoal lanjut, adakah saksi itu tidak terfikir bagaimana Ahmad Zahid mendapatkan d...

14 anggota, pegawai kanan polis ditahan tugas selepas positif dadah

Image
                                       GOMBAK: Seramai 14 anggota dan seorang pegawai kanan polis ditahan tugas selepas diberkas dalam serbuan di sebuah pusat hiburan sekitar Seremban, Negeri Sembilan, semalam. Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, mereka semua ditahan selepas didapati positif dadah. Kata beliau, seorang timbalan pendakwa raya dan juga seorang pendaftar mahkamah turut ditahan dalam serbuan yang dijalankan oleh Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman. Ads by Kiosked “Seramai 14 daripada 15 anggota dan pegawai polis yang ditahan didapati positif dadah manakala dua penjawat awam yang ditahan juga positif dadah. “Tindakan telah diambil, yang pertama mereka ditahan kerja dan kita sedang siapkan kertas siasatan untuk diserahkan kepada pejabat Peguam Negara,” katanya ketika ditemui di Tanah Perkub...

Dr Mahathir: Umno kini dipandang hina ahli parti sendiri

Image
                                                    Bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad berkata Umno yang dulu disanjung kini dipandang hina oleh ahli partinya sendiri, berdasarkan prestasi buruk parti itu pada enam pilihan raya negeri (PRN), 12 Ogos lalu. Mahathir berkata Umno berubah dengan drastiknya apabila pemimpin parti itu tidak lagi mengutamakan perjuangan parti. “Kita lihat Umno dulu satu parti yang disokong oleh seluruh negara sehingga kita dapat tewaskan British, kemerdekaan pun kita dapat capai, pembangunan negara pun dapat berlaku semasa Umno memerintah. “Tetapi apabila ada pemimpin yang bukan utamakan perjuangan Umno. Sebaliknya lebih utamakan apa yang pemimpin dapat. Duit adalah raja. Rosak Umno. Sejak itu kita lihat prestasi Umno merudum. “Dulu majoriti yang kuat kita dapat dari kerajaan yang kukuh. Tet...

Pesawat terhempas di Bandar Elmina 10 terkorban termasuk seorang VVIP

Image
Shah Alam: Polis mengesahkan 10 individu maut dalam insiden pesawat ringan terhempas di Lebuhraya Guthrie, dekat Elmina di sini, pada jam 2.40 petang, hari ini. Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata setakat ini semua mangsa dipercayai berusia antara 40-an hingga 50-an yang mana lapan daripadanya adalah penumpang dan krew pesawat. Katanya, dua lagi mangsa adalah pemandu sebuah kereta dan penunggang motosikal yang kebetulan lalu di lokasi kejadian.                                                   "Pesawat peribadi itu berlepas dari Langkawi dan dijangka mendarat di Subang pada jam 2.50 petang. "Pesawat berkenaan juga sudah mendapat 'clearance' untuk mendarat bagaimanapun, ia terhempas dua minit sebelum waktu pendaratan. "Setakat ini, semua mangsa yang terbabit meninggal dunia," katanya pada sidang media di sini, h...

Zeti: BNM halang 1MDB pinjam RM4.9b dari sumber luar pesisir

Image
                                                  Bank Negara Malaysia (BNM) pada 2014 tidak membenarkan 1MDB dikaitkan dengan 'skim besar' untuk meminjam RM4.9 bilion daripada sumber luar pesisir pada 2014, kata saksi pendakwaan ke-46 Zeti Akhtar Aziz. Bekas gabenor bank pusat Malaysia itu memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur demikian semasa perbicaraan rasuah 1MDB bernilai RM2.28 bilion terhadap bekas perdana menteri Najib Razak. Semasa pemeriksaan balas oleh peguam bela utama Muhammad Shafee Abdullah, Zeti berkata BNM telah menghentikan 'skim besar' itu, berikutan syak wasangka terhadap cara transaksi pindahan dana keluar dari Malaysia oleh syarikat pelaburan negara yang bermasalah itu. Shafee: Mengenai cubaan (oleh 1MDB) pada 2014 untuk mendapatkan kelulusan daripada BNM, untuk apa itu? Zeti: Perkara itu mengenai cubaan...

Kes salah guna kuasa - Mahkamah lepas, bebas Muhyiddin

Image
        Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin berjaya dalam permohonannya untuk membatalkan empat pertuduhan salah guna kuasa RM232.5 juta bagi parti itu yang dikaitkan dengan program Jana Wibawa. Hakim, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Muhammad Jamil Hussin memutuskan bahawa pertuduhan ke atas bekas pedana menteri itu adalah cacat, tidak berasas dan kabur serta tidak selaras dengan Kanun Tatacara Jenayah. Katanya, pertuduhan itu tidak mendedahkan butir-butir yang mencukupi mengenai kesalahan yang didakwa mengikut Akta SPRM 2009. Justeru, tertuduh tidak dapat menyediakan arahan selanjutnya kepada peguam yang mewakilinya. "Oleh itu, mahkamah membenarkan permohonan pemohon (Muhyiddin) untuk membatalkan keempat-empat pertuduhan berkenaan. “Dengan ini, pemohon dilepas dan dibebaskan," katanya. Mahkamah berpendapat, jika perbicaraan diteruskan, ini akan menyebabkan Muhyiddin tidak dapat menyediakan pembelaan sewajarnya dan menjadikan pendakwaan ke atasnya sebagai satu ...

‘Isu Zahid dan pemenjaraan Najib juga punca Umno kalah’

Image
          Selain kerjasama Umno dengan DAP melalui Pakatan Harapan (PH), isu Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi serta kedudukan Najib Razak yang kini meringkuk di penjara memberi kesan kepada BN pada enam pilihan raya negeri (PRN) yang berlangsung semalam. Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno, Isham Jalil, berkata rekod Umno menunjukkan parti itu kalah teruk dalam PRN enam negeri apabila menang 19 daripada 108 kerusi ditandingi. “Kita (hanya) menang 1 (kerusi) di Kelantan, 2 di Pulau Pinang, 2 di Selangor, dan 14 di Negeri Sembilan. Di 89 kerusi lain semua kita kalah. "Kita perlu berbuat sesuatu. Jika tidak Umno akan terus kalah dan akan pupus terus menjelang PRU-16,” katanya dalam satu hantaran di Facebook, hari ini. Ahli MKT itu berkata, dia telah meluahkan sebelum ini bahawa kerjasama dengan DAP adalah amat sensitif kepada akar umbi Umno. “Jika kita paksa akar umbi kita undi DAP, mereka akan bantah dan besar kemungkinan tidak akan keluar mengund...

Anwar, Zahid wajar letak jawatan - Muhyiddin

Image
      PN berpendapat BN sudah tidak lagi relevan dalam politik negara ini apabila hanya memenangi 19 daripada 108 kerusi yang ditandinginya di enam negeri. Pengerusi PN Muhyiddin Yassin berkata Umno sebenarnya kalah teruk apabila 82 peratus calonnya kalah. Pada masa sama PN pula kata bekas perdana menteri itu memenangi 146 daripada 245 - atau 60 peratus - kerusi yang ditandinginya. PN pula kata Muhyiddin memenangi banyak kerusi majoriti Melayu seperti yang dilakukan di Pulau Pinang dan Selangor, selain di Kedah, Kelantan dan Terengganu. Menurut Muhyiddin lagi, PN juga memenangi kerusi campuran - di Kulim - dan majoriti kecil Melayu - di Derga - sekali gus membuktikan mereka turut mendapat sokongan pengundi bukan Melayu. "Ini membuktikan penolakan besar-besaran pengundi Melayu dan bukan Melayu terhadap gabungan politik rapuh dan perpaduan palsu diterajui Anwar Ibrahim dan (Ahmad) Zahid Hamidi. "Maka benarlah PRN ini merupakan referendum penolakan rakyat terhadap...

Hadi: PAS tukar MB Kelantan, timbalan sebab mahu semangat baru

Image
      Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata keputusan untuk menukar Menteri Besar Kelantan dan timbalannya jika PAS diberikan mandat mengekalkan pentadbirannya selepas Pilihan Raya Negeri (PRN), dibuat kerana inginkan semangat baru di negeri itu. Beliau berkata pertukaran dua pemegang jawatan itu telah mendapat persetujuan Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob dan Timbalannya Datuk Mohd Amar Nik Abdullah. “Menteri besar (Ahmad) mengundurkan diri kerana uzur. Bahkan dahulu dia merayu supaya tidak dilantik (sebagai menteri besar) tetapi kita minta lagi. “Memang beliau keuzuran dan kena jalani rawatan, jadi kali ini kita pertimbangkanlah. “Kita juga mahu supaya ada semangat baru di Kelantan, mahu ada perubahan. “Sebab itu timbalan (timbalan menteri besar) juga diubah,” katanya kepada pemberita selepas selesai mengundi bagi kerusi Dewan Undangan Negeri Ru Rendang di Sekolah Kebangsaan (SK) Rusila di Marang hari ini. Menafikan wujudnya desakan atau isu y...

Selangor cuti Isnin depan jika PH-BN menang esok

Image
Kerajaan Selangor akan mengisytiharkan cuti peristiwa Isnin depan jika Pakatan Harapan (PH) dan BN memenangi pilihan raya negeri Selangor esok.  Perkara itu diumumkan oleh menteri besar sementara Selangor Amirudin Shari dalam amanat khasnya sebentar tadi. Sementara itu, dia mengingatkan bahawa esok adalah tarikh penting dalam sejarah Selangor. “Anda bakal menentukan masa hadapan negeri Selangor untuk tempoh lima tahun akan datang,” katanya. “Anda mempunyai pilihan antara gabungan yang akan meneruskan kejayaan, kecemerlangan dan kemajuan negeri ini ataupun gabungan yang hanya berminat untuk menggunakan Pilihan raya negeri ini untuk mencetuskan ketidakstabilan politik negara, terbukti tiada idea baharu dan tiada perancangan untuk negeri Selangor, negeri yang kita cintai ini.” Dalam ucapan yang disiarkan secara langsung melalui akaun Facebooknya dan saluran Astro Awani, Amirudin turut menyorot bagaimana kerajaan negeri bawah pentadbiran PH sebelum ini mengendalikan pelbagai ...

Balik saja, tak perlu beri alasan - kata Azam kepada menantu Muhyiddin

Image
        Peguam yang mewakili menantu pengerusi Perikatan Nasional (PN) Muhyiddin Yassin sepatutnya membantu pihak berkuasa dengan membawa pulang anak guamnya, dan bukan membuat kenyataan media, kata Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki. Bagi, Muhammad Adlan Berhan pula, yang berada di luar negara dan menafikan melarikan diri, ketua badan antirasuah itu berkata: “Balik saja. Tak perlu beri begitu banyak alasan.” Azam juga mengingatkan peguam Baljit Singh Sidhu bahawa dia mempunyai tanggungjawab sebagai kumpulan profesional undang-undang untuk membantu siasatan SPRM. Terdahulu Baljit mengeluarkan kenyataan yang menafikan anak guamnya keluar daripada Malaysia selepas mengetahui dimasukkan dalam senarai orang dikehendaki. Katanya Adlan sedia pulang jika unsur “ancaman dan pendakwaan” terhadapnya tiada lagi. Kenyataan itu dikeluarkan susulan kenyataan SPRM pada 7 Ogos bahawa mereka memburu Adlan, 48, dan Mansoor Saat, 69. SPRM mengesan kedua-dua mereka bagi membantu s...

KERAJAAN PERPADUAN TIDAK AKAN TAHAN LAMA- HAMZAH ZAINUDDIN

Image
        Kerajaan perpaduan yang ditubuhkan hari ini adalah berdasarkan penipuan, khususnya oleh Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi, kata Setiausaha Agung PN, Hamzah Zainuddin. Berucap di hadapan kira-kira 150 hadirin di DUN Sungai Pelek, semasa ceramahnya di Kampung Labu Lanjut, Salak Tinggi, malam tadi, katanya, Zahid selaku pengerusi BN menghantar surat kepada Istana memberitahu bahawa BN menyokong Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri. Sedangkan, dakwa Hamzah, dewan tertinggi BN memutuskan untuk berkecuali dalam menyokong mana-mana pihak untuk menubuhkan kerajaan. "Maka penubuhan kerajaan yang ada ini adalah disebabkan oleh penipuan yang dibuat oleh Zahid. "Insya-Allah, kerajaan ditubuhkan dengan cara menipu itu tidak boleh tahan lama. "Sebab hari ini sudah ada kebangkitan rakyat di seluruh negara berdoa kerajaan akan jatuh," katanya. Terdahulu, Hamzah memohon pada hadirin supaya melaungkan “referendum” sebagai tanda kebangkitan rakyat. "Rakyat dah mel...

PRN: 'Ahli politik jangan eksploitasi, main isu 3R ketika kempen' - Ayob Khan

Image
                                                               SHAH ALAM: Polis Diraja Malaysia (PDRM) sekali lagi memberi amaran tegas kepada mana-mana ahli politik agar tidak memainkan isu 3R iaitu Agama, Kaum dan Institusi Diraja dalam kempen yang berbaki lima hari lagi menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN).   Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay berkata tindakan akan diambil kepada semua pihak tanpa mengira parti jika menyentuh isu berkenaan. “Kita harap ini berterusan sehingga habis undi 12 Ogos ini tak ada isu 3R yang dibangkitkan oleh ahli-ahli politik tak kisah sebelah mana (kerajaan atau pembangkang).  “Harap kedua-dua pihak jangan eksploitasi dan mainkan isu-isu 3R dalam kempen. “Kalau ada kita akan ambil tindakan tegas,” katanya dalam sidang media selepas men...

Rebat RM10 untuk penjawat awam, tawar pakej 5G RAHMAH

Image
  `                                                      PUTRAJAYA: Penjawat awam akan menikmati rebat RM10 sebulan bagi langganan pakej postpaid masing-masing menerusi Insentif Postpaid RAHMAH Penjawat Awam berkuat kuasa 31 Ogos ini. "Ia terpakai untuk mana-mana pakej postpaid sedia ada," umum Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini. "Ini bermakna, penjawat awam mendapat manfaat penjimatan pakej postpaid sebanyak RM120 setahun," katanya sambil menambah insentif itu adalah sebagai menghargai penjawat awam. Bersempena dengan Bulan Kebangsaan, Fahmi berkata Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), syarikat penyedia perkhidmatan telekomunikasi (telco) serta dua syarikat pengeluar peranti iaitu Samsung Malaysia dan H...

Vincent Tan tuntut Sanusi minta maaf, bayar RM200 juta

Image
        Pengasas Kumpulan Berjaya Vincent Tan telah mengeluarkan surat tuntutan kepada menteri besar sementara Kedah Muhammad Sanusi Md Nor, menuntut permohonan maaf secara terbuka dan membayar pampasan RM200 juta. Ini adalah berhubung dakwaan Sanusi mengenai projek pembersihan Sungai Klang. Dalam surat yang dikeluarkan melalui firma undang-undang Pierre Chuah & Associates, peguam Tan menegaskan bahawa dakwaan Sanusi adalah "jelas palsu, tidak benar, tidak wajar, tidak berasas, dan berniat jahat terhadap anak guam kami". Mereka juga menuntut Sanusi menarik balik tuntutannya dan membuat akujanji bertulis untuk berhenti mengulangi dakwaannya. Surat itu memberi Sanusi sehingga esok untuk bersetuju dengan tuntutan mereka. Sumber:  Malaysiakini  

PROJEK GERBANG MARITIM SELANGOR: SANUSI JANJI KEMUKA BUKTI DI MAHKAMAH

Image
      Muhammad Sanusi Md Nor nampaknya tidak tergugat dengan amaran saman yang dikeluarkan kepadanya ekoran dakwaan projek Gerbang Maritim Selangor. Bahkan menteri besar sementara Kedah itu juga sedia memberikan bukti bagi menguatkan dakwaannya terhadap pemimpin PH, Amirudin Shari, serta ahli perniagaan terkenal Vincent Tan. Bagaimanapun kemungkinan besar bukti-bukti tersebut tidak akan dapat diketahui dalam tempoh terdekat. Ditanya Malaysiakini mengenai bukti berkenaan, Sanusi - yang digelar Panglima Perang oleh penyokongnya - menjawab ringkas: "Di mahkamahlah." Terdahulu Pengarah Pilihan Raya PN itu ditanya mengenai garis masa untuk dia dijangka memberikan bukti berkenaan dakwaannya terhadap Amirudin dan Tan. Sanusi juga menjelaskan dia sedang menunggu ketibaan dokumen saman daripada Amirudin yang juga menteri besar sementara Selangor. “Saya sedang menunggu dia menghantar dokumen, dan saya juga mempunyai dokumen saya sendiri,” katanya di Alor Setar, Kedah sem...

Dulu pergi ke pasar, RM100 boleh dapat satu troli, sekarang suku troli pun tak ada' - Muhyiddin

Image
    Tampin: Perikatan Nasional (PN) akan mengumumkan manifesto bagi Selangor pada Jumaat ini sebagai tawaran kepada pengundi di negeri itu dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) 12 Ogos ini. Pengerusi PN Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, setiap negeri yang terbabit dalam PRN akan diketengahkan dengan manifesto masing-masing. Kata beliau, satu manifesto untuk Negeri Sembilan juga akan dilancarkan tidak lama lagi yang membabitkan pelbagai perkara untuk kepentingan rakyat pelbagai kaum di negeri ini. "Kita (PN) akan lancarkan manifesto untuk Negeri Sembilan. Jumaat ini, saya akan lancarkan manifesto untuk Selangor dulu dan kemudian, negeri-negeri lain juga akan ada manifesto masing-masing. "Di Negeri Sembilan, kita akan memperkenalkan beberapa perkara dalam manifesto termasuk bangunkan ekonomi, pendidikan, sosial dan bidang-bidang lain. "Bila mana kita (PN) dapat membentuk kerajaan negeri ini, kita akan pimpin supaya setiap masyarakat dalam keadaan apa sekalipun yan...