KERAJAAN PERPADUAN TIDAK AKAN TAHAN LAMA- HAMZAH ZAINUDDIN

 

 

 PRN: Manifesto PN lebih RM2 bilion kepada rakyat Selangor - Kosmo Digital

 

Kerajaan perpaduan yang ditubuhkan hari ini adalah berdasarkan penipuan, khususnya oleh Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi, kata Setiausaha Agung PN, Hamzah Zainuddin.

Berucap di hadapan kira-kira 150 hadirin di DUN Sungai Pelek, semasa ceramahnya di Kampung Labu Lanjut, Salak Tinggi, malam tadi, katanya, Zahid selaku pengerusi BN menghantar surat kepada Istana memberitahu bahawa BN menyokong Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri.

Sedangkan, dakwa Hamzah, dewan tertinggi BN memutuskan untuk berkecuali dalam menyokong mana-mana pihak untuk menubuhkan kerajaan.

"Maka penubuhan kerajaan yang ada ini adalah disebabkan oleh penipuan yang dibuat oleh Zahid.

"Insya-Allah, kerajaan ditubuhkan dengan cara menipu itu tidak boleh tahan lama.

"Sebab hari ini sudah ada kebangkitan rakyat di seluruh negara berdoa kerajaan akan jatuh," katanya.

Terdahulu, Hamzah memohon pada hadirin supaya melaungkan “referendum” sebagai tanda kebangkitan rakyat.

"Rakyat dah meluat dah tak boleh tahan. Kita nak kerajaan baru. Kalau nak kerajaan baru kita pastikan 12 Ogos kita menangkan PN.

"Insya-Allah, kemenangan ini akan menjadi referendum rakyat untuk menurunkan Anwar.

"Ini akan membuktikan kita semua telah menjadi satu kumpulan yang bersatu demi masa depan anak cucu kita," katanya sambil melaungkan “referandum” sebanyak tiga kali dengan cara PKR melaungkan “reformasi”.

Pada cermahnya, Hamzah juga menjadikan Perdana Menteri Anwar Ibrahim sebagai sasarannya.

Kata bekas menteri dan ahli Parlimen Larut itu, Anwar sebenarnya tidak dapat mengawal dirinya daripada menipu rakyat dan tabiat berkenaan sudah menjadi lumrah buatnya ibarat makan vitamin.

"Dia bangun pagi cari jalan macam mana menipu. Sebelum tidur dia tipu, dalam mimpi dia tipu, bangun pagi dia tipu, tengah hari dia tipu, malam tipu.

"Saya nak bagitahu dia tipu, dia bohong sudah menjadi makanan dia seperti vitamin. Sebab, kalau dia tak tipu dia sakit sebab itu dia kena tipu rakyat," katanya.

Pada PRN di DUN Sungai Pelek pada 12 Ogos ini, PN mempertaruhkan Ketua bahagian Bersatu Sepang Suhaimi Ghazali. Dia akan berdepan dengan Lwi Kian Keong (PH) dan Nageswaran Ravi (Bebas) dalam saingan tiga penjuru.

Kerusi itu mempunyai 47,335 pengundi.

 

Sumber: Malaysiakini

Comments

Popular posts from this blog

TERKINI : NAJUB DAPAT PENGAMPUNAN?

Bagaimana mendaftar di Padu dan maklumat diperlukan

Bonus! Penjawat awam dapat RM2,000, pesara RM1,000