Anwar, Zahid wajar letak jawatan - Muhyiddin

 

 Kemenangan 146 kerusi DUN bukti sokongan padu pengundi Melayu pada PN

 

PN berpendapat BN sudah tidak lagi relevan dalam politik negara ini apabila hanya memenangi 19 daripada 108 kerusi yang ditandinginya di enam negeri.

Pengerusi PN Muhyiddin Yassin berkata Umno sebenarnya kalah teruk apabila 82 peratus calonnya kalah.

Pada masa sama PN pula kata bekas perdana menteri itu memenangi 146 daripada 245 - atau 60 peratus - kerusi yang ditandinginya.

PN pula kata Muhyiddin memenangi banyak kerusi majoriti Melayu seperti yang dilakukan di Pulau Pinang dan Selangor, selain di Kedah, Kelantan dan Terengganu.

Menurut Muhyiddin lagi, PN juga memenangi kerusi campuran - di Kulim - dan majoriti kecil Melayu - di Derga - sekali gus membuktikan mereka turut mendapat sokongan pengundi bukan Melayu.

"Ini membuktikan penolakan besar-besaran pengundi Melayu dan bukan Melayu terhadap gabungan politik rapuh dan perpaduan palsu diterajui Anwar Ibrahim dan (Ahmad) Zahid Hamidi.

"Maka benarlah PRN ini merupakan referendum penolakan rakyat terhadap kerajaan gabungan PH dan BN.

"Anwar dan Zahid yang menerajui kerajaan mesti mengambil tanggungjawab moral dengan meletakkan jawatan sebagai perdana menteri dan timbalan perdana menteri dengan serta-merta," dakwanya.

Comments

Popular posts from this blog

TERKINI : NAJUB DAPAT PENGAMPUNAN?

Bagaimana mendaftar di Padu dan maklumat diperlukan

Bonus! Penjawat awam dapat RM2,000, pesara RM1,000