Skip to main content

PRN: 'Ahli politik jangan eksploitasi, main isu 3R ketika kempen' - Ayob Khan

 

                     

                         PRN: 'Ahli politik jangan eksploitasi, main isu 3R ketika kempen' - Ayob Khan

 

SHAH ALAM: Polis Diraja Malaysia (PDRM) sekali lagi memberi amaran tegas kepada mana-mana ahli politik agar tidak memainkan isu 3R iaitu Agama, Kaum dan Institusi Diraja dalam kempen yang berbaki lima hari lagi menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN).
 
Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay berkata tindakan akan diambil kepada semua pihak tanpa mengira parti jika menyentuh isu berkenaan.

“Kita harap ini berterusan sehingga habis undi 12 Ogos ini tak ada isu 3R yang dibangkitkan oleh ahli-ahli politik tak kisah sebelah mana (kerajaan atau pembangkang).

 “Harap kedua-dua pihak jangan eksploitasi dan mainkan isu-isu 3R dalam kempen.

“Kalau ada kita akan ambil tindakan tegas,” katanya dalam sidang media selepas meninjau proses undi awal di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, di sini pada Selasa
Ayob Khan menambah setakat ini tiada sebarang laporan polis diterima di Selangor membabitkan isu 3R.
Sementara itu beliau berkata, setakat 6 Ogos, sebanyak 78 kertas siasatan dibuka di seluruh negara berkaitan salah laku kempen.
Daripada jumlah tersebut, sebanyak 20 kertas siasatan melibatkan negeri Selangor.

Seramai 8,000 tentera dan pasangan, manakala 18,557 polis dan pasangan terlibat dalam undi awal di Selangor.

Sumber: Astro Awani

Comments

Popular posts from this blog

TABUNG HAJI DEDAH MODUS OPERANDI TERBARU SCAMMER MENGGUNAKAN NAMA TABUNG HAJI

Kerajaan sedia perinci kenaikan gaji penjawat awam

Sanusi dedah kronologi isu kontrak beras 100 juta