Datuk K: Dana RM10 juta Yayasan Akalbudi pada Armada Holdings untuk pelaburan


 

 RM10mil from Yayasan Akalbudi to company an investment, says Datuk K | Free  Malaysia Today (FMT)

 

Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur hari ini diberitahu bahawa pemberian dana RM10 juta oleh Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi melalui Yayasan Akalbudi (YAB) kepada Armada Holdings Sdn Bhd untuk membida tender sebagai syarikat pembekal arang batu kepada Tenaga Nasional Berhad (TNB) bagi tujuan pelaburan.

Ahli perniagaan Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa (gambar judul) atau lebih dikenali sebagai Datuk K, 64, berkata wang RM10 juta itu juga telah dikembalikan berserta faedah sebanyak RM69,722.65 kepada yayasan tersebut dan yayasan berkenaan tidak mengalami apa-apa kerugian serta memperoleh keuntungan yang sama atau sepatutnya.

Khalid bagaimanapun tidak bersetuju dengan cadangan Timbalan Pendakwa Raya Datuk Mohd Dusuki Mokhtar bahawa dana itu adalah satu pinjaman dan beliau (Khalid) tidak pernah terlintas untuk menolak pelawaan Ahmad Zahid untuk membantu memberikan dana RM10 juta.

Disoal lanjut, adakah saksi itu tidak terfikir bagaimana Ahmad Zahid mendapatkan dana berkenaan (RM10 juta), Khalid yang mengenali timbalan perdana menteri itu hampir 30 tahun sejak bertugas sebagai pengurus bahagian pinjaman di bank Bumiputra (kini bank CIMB) berkata Ahmad Zahid adalah seorang tokoh korporat, usahawan, bekas ahli perbankan selain mempunyai sumber kewangan yang pelbagai.

"Tempoh kenalan yang lama itu membuatkan saya rapat dengan Datuk Seri Zahid dan mengenali sifat dan karakter beliau.

"Antara sifat beliau yang saya ketahui adalah beliau seorang yang pemurah, dermawan dan suka membantu apabila seseorang memerlukan bantuan," kata saksi pembelaan kelapan itu.

Beliau berkata demikian pada perbicaraan membela diri Ahmad Zahid yang berdepan 47 pertuduhan iaitu 12 pertuduhan pecah amanah, lapan pertuduhan rasuah dan 27 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan puluhan juta ringgit dana YAB.

Ketika membacakan penyataan saksinya Khalid berkata disebabkan agak rapat dengan Ahmad Zahid beliau juga pernah melakukan beberapa aktiviti sosial bersama antaranya beliau bersama isteri Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin pernah beberapa kali menunaikan ibadah umrah di Tanah Suci bersama Ahmad Zahid dan isteri Datin Seri Hamidah Khamis.

Sumber: Malaysiakini 

Comments

Popular posts from this blog

TABUNG HAJI DEDAH MODUS OPERANDI TERBARU SCAMMER MENGGUNAKAN NAMA TABUNG HAJI

Kerajaan sedia perinci kenaikan gaji penjawat awam

Sanusi dedah kronologi isu kontrak beras 100 juta