14 anggota, pegawai kanan polis ditahan tugas selepas positif dadah

 

                             

GOMBAK: Seramai 14 anggota dan seorang pegawai kanan polis ditahan tugas selepas diberkas dalam serbuan di sebuah pusat hiburan sekitar Seremban, Negeri Sembilan, semalam.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, mereka semua ditahan selepas didapati positif dadah.

Kata beliau, seorang timbalan pendakwa raya dan juga seorang pendaftar mahkamah turut ditahan dalam serbuan yang dijalankan oleh Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman.

Ads by Kiosked

“Seramai 14 daripada 15 anggota dan pegawai polis yang ditahan didapati positif dadah manakala dua penjawat awam yang ditahan juga positif dadah.

“Tindakan telah diambil, yang pertama mereka ditahan kerja dan kita sedang siapkan kertas siasatan untuk diserahkan kepada pejabat Peguam Negara,” katanya ketika ditemui di Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Sakinah di sini hari ini.

Ayob Khan hadir ke tanah perkuburan tersebut bagi memberi penghormatan terakhir kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelangai, Allahyarham Datuk Seri Johari Harun yang maut dalam nahas pesawat di Elmina, Khamis lalu.

Terdahulu Utusan Malaysia melaporkan, kesemua mereka ditahan ketika disyaki sedang berhibur di sebuah pusat hiburan di Jalan Dato Sheikh Ahmad di Seremban, kira-kira pukul 2.30 pagi tadi.

Berdasarkan laporan tersebut, hanya seorang daripada yang ditahan disahkan negatif hasil ujian air kencing dijalankan manakala selebihnya berada di bawah pengaruh dadah termasuk seorang timbalan pendakwa raya terbabit.

Kesemua pegawai dan 14 anggota yang ditahan itu bertugas di pelbagai jabatan termasuk Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah Nilai dan Tampin, selain Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Daerah Seremban serta IPK negeri.

Ads by Kiosked

Kesemua yang ditahan juga dilaporkan positif dadah jenis ketamin, amphetamin dan methamphetamine dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Ayob Khan berkata, pihak polis tidak akan bertolak ansur terhadap mana-mana penjawat awam yang ditangkap, mereka akan dikenakan tindakan tegas.

“Ini bukan bermakna selepas dihebahkan oleh portal tertentu (baru) saya nak buat assessment, tak ada.

“Boleh tengok rekod polis sepanjang tahun ini ada 741 tindakan tata tertib diambil, daripada Januari sampai Julai. Ada lebih kurang 60 telahpun dibuang kerja,” katanya. 

 Sumber: Utusan

 

 

Comments

Popular posts from this blog

TABUNG HAJI DEDAH MODUS OPERANDI TERBARU SCAMMER MENGGUNAKAN NAMA TABUNG HAJI

Kerajaan sedia perinci kenaikan gaji penjawat awam

Sanusi dedah kronologi isu kontrak beras 100 juta