Pesawat terhempas di Bandar Elmina 10 terkorban termasuk seorang VVIP


Shah Alam: Polis mengesahkan 10 individu maut dalam insiden pesawat ringan terhempas di Lebuhraya Guthrie, dekat Elmina di sini, pada jam 2.40 petang, hari ini.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata setakat ini semua mangsa dipercayai berusia antara 40-an hingga 50-an yang mana lapan daripadanya adalah penumpang dan krew pesawat.

Katanya, dua lagi mangsa adalah pemandu sebuah kereta dan penunggang motosikal yang kebetulan lalu di lokasi kejadian.

                                        LOKASI kejadian pesawat terhempas di Bandar Elmina dekat sini. FOTO Bernama

"Pesawat peribadi itu berlepas dari Langkawi dan dijangka mendarat di Subang pada jam 2.50 petang.

"Pesawat berkenaan juga sudah mendapat 'clearance' untuk mendarat bagaimanapun, ia terhempas dua minit sebelum waktu pendaratan.

"Setakat ini, semua mangsa yang terbabit meninggal dunia," katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Katanya, semua mangsa dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang.

Ketika ditanya adakah sama ada terdapat orang kenamaan terbabit dalam kemalangan itu, Hussein mengesahkan perkara itu bagaimanapun, tidak dapat dipastikan siapa individu yang terbabit.

 

Sumber: Harian Metro

 

 

Comments

Popular posts from this blog

TERKINI : NAJUB DAPAT PENGAMPUNAN?

Bagaimana mendaftar di Padu dan maklumat diperlukan

Bonus! Penjawat awam dapat RM2,000, pesara RM1,000