Tak mustahil Umno berkubur di Johor kerana aura Sanusi - Tun M

 

 Apa yang Sanusi bincang dengan Tun M?

 

Putrajaya: Bayangan diberikan Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor bahawa Umno akan berkubur di Johor adalah perkara yang tidak mustahil boleh berlaku, kata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Beliau berkata, pengaruh dan pendirian yang ditunjukkan Ketua Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN) itu boleh membawa perubahan kepada pendirian politik rakyat di Johor.

"Ada kemungkinan (Umno berkubur di Johor). Walaupun pengaruh dia (Muhammad Sanusi) di Johor tidak sama di Kedah tapi ramai orang mengikuti pendirian MB Kedah," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas program ilmu Minggu Negarawan membincangkan tajuk Peradaban dan Sosiologi di Yayasan Kepimpinan Perdana di sini, yang beliau menjadi salah seorang panel jemputan.

Semalam, Muhammad Sanusi menyifatkan Johor bukan lagi kubu kuat Umno, sebaliknya memberi bayangan parti berusia lebih tujuh dekad itu akan terkubur disebabkan gelombang Perikatan Nasional (PN) yang semakin melebar.

Beliau dilaporkan berkata, gelombang PN yang melanda enam negeri dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) pada 12 Ogos lalu itu tidak lagi boleh disekat, sekali gus akan memberi kemenangan kepada pada gabungan berkenaan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (Dun) Simpang Jeram.

Sebelum ini, Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno Datuk Nur Jazlan Mohamed dilaporkan berkata dakwaan gelombang PN bakal melanda Johor susulan PRK Parlimen Pulai dan Dun Simpang Jeram itu bagai bermimpi di siang hari.

Sumber: malaysiakini

Comments

Popular posts from this blog

TABUNG HAJI DEDAH MODUS OPERANDI TERBARU SCAMMER MENGGUNAKAN NAMA TABUNG HAJI

Kerajaan sedia perinci kenaikan gaji penjawat awam

Sanusi dedah kronologi isu kontrak beras 100 juta