PAS sendiri 'undang' polis awasi gerak kerja di Pelangai - Raja Bahrin
Amanah berpendapat PAS tidak wajar berasa 'rimas' dengan kehadiran pasukan keselamatan semasa berkempen di Pelangai sekarang. Ahli Jawatankuasa Pimpinan Amanah Nasional, Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad, berkata keadaan itu berlaku kerana PAS sendiri seolah-olah menjemput polis dengan pelbagai kenyataan mereka terhadap kerajaan. Hal itu, katanya, patut disedari Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan selaku seorang ahli politik senior, pernah menganggotai kabinet dan memiliki latar belakang pendidikan undang-undang. Selaku peguam, katanya, Takiyuddin tentu sedar betapa pentingnya nilai keselamatan awam dipelihara terutamanya apabila ramai orang luar dan tidak di kenali bertumpu di Pelangai. "Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor, sendiri pernah membayangkan jutaan orang Islam akan membanjiri Kuala Lumpur untuk berdemonstrasi ekoran insiden Howard Lee memetik ayat al-Quran. "Tidak cukup dengan itu, serangan peribadi, mencarut dan membabit...