RM3.2b masuk dalam akaun Najib -Zeti

 

 

 

 

KUALA LUMPUR: Serbuan di AmBank (M) Berhad di Jalan Raja Chulan pada 6 Julai 2015 mendedahkan bahawa akaun-akaun peribadi bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menerima kemasukkan wang berjumlah RM3.2 bilion.

“Jumlah tersebut lebih tinggi daripada apa yang dikatakan olehnya (Najib) sebelum ini,” kata bekas Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz.

Selain itu, Zeti memberitahu, sehingga beliau bersara pada 30 April 2016, Najib tidak pernah bertanya mengenai transaksi-transaksi melibatkan akaun-akaun peribadinya.

Tambahnya, melalui serbuan tersebut, Bank Negara Malaysia (BNM) mendapati bahawa AmBank menyembunyikan maklumat penting mengenai transaksi-transaksi membabitkan akaun Najib di bank berkenaan.

“Daripada menunjukkan bahawa transaksi dana dimasukkan ke dalam akaun Najib, Ambank melalui Sistem Transaksi Antarabangsa (ITIS) menyembunyikan beberapa peringkat transaksi dana yang menunjukkan bahawa wang dimasukkan ke dalam akaun bank dan bukannya akaun Najib,” kata wanita itu.

Perkara itu dinyatakan Zeti yang merupakan saksi pendakwaan ke-46 ketika pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya, Kamal Baharin Omar dalam perbicaraan kes penyelewengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) di Mahkamah Tinggi di sini hari ini.

Beliau menjawab sedemikian ketika dirujuk kepada laporan berita Malaysiakini bertarikh 2 Julai 2018 di mana Najib mendakwa bahawa Zeti sedar mengenai wang berjumlah RM2.6 bilion yang dimasukkan ke dalam akaun AmIslamic miliknya tetapi tidak menimbulkan sebarang persoalan.

Menurut Zeti, pada ketika itu, BNM dimaklumkan terdapat hanya satu akaun yang ditetapkan sebagai ‘MY’ dalam akaun Sistem Pemantauan Operasi Ringgit (ROMS), namun, selepas serbuan dibuat, BNM mengetahui bahawa Najib membuka tiga lagi akaun pada 2013.

Tambahnya, BNM hanya akan mengambil tindakan terhadap mana-mana akaun sekiranya menerima laporan daripada bank komersial yang menguruskan akaun terbabit.

Ujarnya, sekiranya BNM mendapat maklumat terdapat transaksi yang tidak teratur atau mencurigakan, ia perlu memaklumkan kepada agensi penguatkuasaan iaitu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan polis. 

BNM juga tidak dibenarkan memaklumkan perkara itu kepada pihak lain termasuk pemegang akaun.

Pada prosiding terdahulu, Zeti memberitahu menafikan bahawa beliau mengetahui mengenai kemasukan wang RM2.6 bilion seperti didakwa oleh bekas Ahli Parlimen Pekan itu.

“Saya ingin menegaskan bahawa saya tidak mempunyai sebarang pengetahuan tentang transaksi yang berlaku membabitkan akaunnya pada masa tersebut. Semua pemegang akaun di dalam sistem kewangan negara adalah dilindungi oleh peruntukan undang-undang membabitkan kerahsian,” katanya pada prosiding sebelum ini.

Pada prosiding bertarikh 27 Julai lalu, Zeti turut memaklumkan bahawa Najib pernah memanggilnya ke pejabat Perdana Menteri pada 3 Julai 2015.

Pada pertemuan itu, Najib telah meminta Zeti untuk mengeluarkan kenyataan bahawa bekas Ahli Parlimen Pekan itu tidak pernah membuat sebarang kesalahan berkaitan transaksi membabitkan akaunnya

 Sumber: Utusan

Comments

Popular posts from this blog

TABUNG HAJI DEDAH MODUS OPERANDI TERBARU SCAMMER MENGGUNAKAN NAMA TABUNG HAJI

Kerajaan sedia perinci kenaikan gaji penjawat awam

Sanusi dedah kronologi isu kontrak beras 100 juta