Penunggang motosikal rempuh anggota JPJ 8 rekod jenayah dan dadah 2 senarai hitam

Penunggang motosikal yang merempuh seorang anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di Port Dickson, Negeri Sembilan hari ini didapati masih memiliki dua senarai hitam aktif.

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dalam satu kenyataan memaklumkan penunggang motosikal jenis Yamaha Y125ZR berumur 25 tahun itu telah diambil tindakan di bawah Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 kerana lesen kenderaan tamat tempoh pada 18 Julai 2012, tiada perlindungan insurans dan tiada lesen memandu kompeten manakala motosikalnya disita.

“Satu laporan polis telah dilakukan dan penunggang motosikal tersebut telah diserahkan kepada Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Port Dickson untuk membantu siasatan di bawah Seksyen 42(1) APJ 1987 dan Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugas,” menurut kenyataan itu.

Tular video berdurasi lima saat memaparkan seorang anggota JPJ dirempuh suspek, yang dipercayai cuba melarikan diri, ketika bertugas dalam operasi sekatan jalan raya (SJR) di Kilometer 28 Lebuhraya Seremban Port Dickson pada kira-kira 11 pagi sehingga menyebabkan mangsa terpelanting dan kepalanya terhantuk.

Sumber: Malaysiakini

Comments

Popular posts from this blog

TABUNG HAJI DEDAH MODUS OPERANDI TERBARU SCAMMER MENGGUNAKAN NAMA TABUNG HAJI

Kerajaan sedia perinci kenaikan gaji penjawat awam

Sanusi dedah kronologi isu kontrak beras 100 juta