Muhyiddin ‘menghadap’ polis lagi, siasatan 3 jam

 Muhyiddin summoned by police for statement recording again

Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Muhyiddin Yassin hari ini ‘menghadap’ polis lagi bagi membantu siasatan berkaitan kes 3R (agama, raja dan kaum).

Media melaporkan disiasat di pejabat Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (Mida) di Kuala Lumpur.

Dia hadir pada jam kira-kira  9.15 pagi dan dan beredar kira-kira jam 12 tengah hari, hampir tiga jam.

Anggota parlimen Pagoh yang juga presiden Bersatu itu tidak memberikan sebarang kenyataan kepada media. Dia hanya tersenyum dan melambai tangan kepada pemberita yang berkumpul di bangunan itu.

Ketua Polis Negara Razarudin Husain sebelum ini dilapor berkata siasatan berhubung perkara itu dilakukan Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Bukit Aman mengikut Seksyen 4(A) Akta Kesalahan Pilihan Raya dan Seksyen 233 Akta Komunikasi Multimedia 1998.

Pada 3 September lalu, dia dikatakan mengeluarkan kenyataan berbaur perkauman dalam ceramah semasa kempen pilihan kecil raya Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram, Johor.

Dia antaranya berkata orang Melayu tidak lagi menguasai kerajaan.

Sementara itu, Razarudin ketika dihubungi hari ini mengesahkan polis mengambil keterangan Muhyiddin berhubung perkara itu.

Sumber: Malaysiuakini

Comments

Popular posts from this blog

TABUNG HAJI DEDAH MODUS OPERANDI TERBARU SCAMMER MENGGUNAKAN NAMA TABUNG HAJI

Kerajaan sedia perinci kenaikan gaji penjawat awam

Sanusi dedah kronologi isu kontrak beras 100 juta