Minta rasuah dari nelayan: 9 penguat kuasa di Kedah ditahan SPRM

 Individu keempat direman SPRM bantu siasatan terima rasuah RM24 juta

Seramai sembilan anggota penguat kuasa sebuah agensi di Kedah ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini kerana dipercayai meminta dan menerima rasuah daripada pemilik bot nelayan dan 'runner' antara tahun 2018 hingga 2021.

Menurut sumber SPRM, anggota penguat kuasa berkenaan disyaki menerima rasuah tersebut sebagai balasan bagi melindungi dan tidak mengambil tindakan undang-undang terhadap bot-bot nelayan yang melakukan kesalahan di bawah Akta Perikanan 1985.

Katanya, turut ditahan ialah dua orang awam yang dipercayai memberi rasuah sebanyak kira-kira RM300 hingga RM7,000 kepada sembilan anggota penguat kuasa terbabit yang berkhidmat di Kuala Kedah, Batu Uban dan Langkawi.

"Kesemua 11 suspek berusia antara 30-an hingga 50-an itu ditahan antara jam 10 pagi hingga 12 tengah hari tadi ketika diminta hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Alor Setar.

"Kesemua anggota penguat kuasa terbabit dipercayai melakukan kesalahan tersebut dari tahun 2018 hingga 2021 dan mereka ditahan kerana menerima wang rasuah yang dimasukkan ke dalam akaun peribadi," katanya.

Sementara itu, Pengarah Bahagian Perisikan SPRM, Azmi Kamaruzaman, ketika dihubungi, mengesahkan penahanan tersebut dan berkata kes disiasat mngikut Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009.

Beliau berkata, seramai lima anggota penguat kuasa yang terlibat akan dibawa untuk permohonan reman di Mahkamah Majistret Alor Star, esok manakala selebihnya dilepaskan atas jaminan SPRM selepas keterangan mereka diambil

Sumber: Malaysiakini

Comments

Popular posts from this blog

TABUNG HAJI DEDAH MODUS OPERANDI TERBARU SCAMMER MENGGUNAKAN NAMA TABUNG HAJI

Kerajaan sedia perinci kenaikan gaji penjawat awam

Sanusi dedah kronologi isu kontrak beras 100 juta