Posts

Showing posts from October, 2023

Ayob Khan dahului terima darjah, pingat polis dari Agong

Image
                                          Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini berkenan mengurniakan darjah Panglima Gagah Pasukan Polis (PGPP) kepada Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay. Ayob Khan, mendahului 309 penerima pingat termasuk dua pegawai kanan polis negara asing, pada Istiadat Pengurniaan Darjah Kepahlawanan Pasukan Polis dan Pingat Keberanian (DKPP) Tahun 2023 sesi pertama, yang berlangsung di Balairung Seri Istana Negara itu. Selain itu turut menerima PGPP ialah empat pegawai kanan polis antaranya Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard Bukit Aman Datuk Seri Azri Ahmad, Pengarah Jabatan Pengurusan Bukit Aman Datuk Seri Azmi Abu Kassim dan Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman Datuk Mohd Azman Ahmad Sapri. Seri Paduka turut berkenan mengurniakan PGPP Kehormat kepada Pesuruhjaya Polis Brunei Datuk Paduka Seri Mohammad Irwan Hambali dan Ketua Polis Tha

Subsidi ayam berakhir Rabu ini, subsidi telur diteruskan

Image
                                               Kerajaan bersetuju subsidi dan kawalan harga ayam ditamatkan berkuat kuasa Rabu ini (1 Nov), kata Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu. Beliau berkata bagi subsidi telur gred A, B, C, kerajaan bersetuju untuk ia diteruskan mengikut mekanisme sedia ada. “Ia (penamatan subsidi ayam) adalah selaras dengan pendekatan penyasaran semula subsidi secara berfasa yang dilaksanakan kerajaan,” katanya dalam sidang media penamatan kawalan harga dan subsidi ayam di Kuala Lumpur hari ini. Beliau berkata kerajaan telah mengeluarkan subsidi keseluruhan sebanyak RM3.8 bilion bagi menampung kos ayam dan telur sehingga Februari tahun ini. “Rasional untuk penamatan subsidi secara pukal bagi ayam ini adalah untuk mengurangkan ketirisan subsidi yang turut dinikmati oleh warga asing dan golongan berpendapatan tinggi,” katanya. Turut hadir pada sidang media itu Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Chan Foong

Ajaran SiHulk, PMYT antara 7 kumpulan ajaran sesat dipantau PDRM - KPN

Image
                                                     Kuala Lumpur: Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang memantau tujuh kumpulan ajaran sesat yang berkaitan dengan isu keselamatan. Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata, tujuh kumpulan itu adalah Tarekat Habib Shah, Dewan Perkasa Ekonomi Islam Nusantara (DPEIN), Perjalanan Mimpi Yang Terakhir (PMYT), Millah Abraham@Ibrahim, Ajaran Suhaini@SiHulk, Nur Mutiara Mutmainnah (NMM) dan The Ahmadi Religion of Peace and Light. Menurutnya, sepanjang 2022 hingga tahun ini sebanyak 51 laporan polis direkodkan berhubung aktiviti kumpulan ajaran sesat atau menyeleweng "Bagi tempoh berkenaan, sebanyak 23 tangkapan sudah dilakukan PDRM dan agensi berkaitan terhadap pemimpin dan pengikut ajaran sesat dan menyeleweng. "Jumlah tangkapan ini membabitkan Tarekat Habib Shah sebanyak 20 tangkapan dan masing-masing satu tangkapan bagi ajaran Ilmu Akhir zaman, NMM dan Ajaran Suhaini@Sihulk," katanya dalam satu kenyata

Masalah 60 pelajar Pahang 'terkandas' di Mesir selesai - PM

  Masalah 60 pelajar dari Pahang yang tidak dapat meneruskan pengajian di Universiti Al-Azhar di Kaherah, disifatkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai telah berjaya diselesaikan hasil perbincangannya bersama Sheikh Al-Azhar Prof Dr Ahmed El Tayeb. Beliau yang membuat kunjungan hormat kepada Ahmed di Al-Azhar hari ini berkata masalah 60 pelajar berkenaan timbul, apabila mereka datang untuk belajar di universiti itu di Kaherah tanpa mengikut prosedur ditetapkan universiti berkenaan, sehingga menyebabkan mereka ‘terkandas’ di Mesir. “Jalur (saluran)  yang ditetapkan oleh Universiti Al-Azhar ialah kesemua itu melalui proses kedutaan. Oleh kerana tidak diikuti, 60 pelajar itu tersangkut. “Bagaimanapun, saya telah mengemukakan rayuan dan Sheikh Al-Azhar bersetuju supaya 60 anak-anak Pahang itu diurus sesegera mungkin, dan Rektor Universiti Al-Azhar tadi telah memberi jaminan. “Tetapi saya juga telah beri jaminan kepada mereka (Sheikh Al-Azhar) bahawa hal sebegini

Anwar cabar Hamzah buktikan dakwaan MP Kuala Kangsar diugut sokong Kerajaan

Image
        Perdana Menteri Anwar Ibrahim membidas Ketua Pembangkang Hamzah Zainudin atas dakwaannya bahawa Ahli Parlimen Kuala Kangsar Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid diugut agar menyokong kerajaan. Anwar berkata ia merupakan satu dakwaan serius dan Hamzah seharusnya mengemukakan bukti berkaitan kepada pihak berkuasa. "Kalau ada bukti, dia patut keluarkan (bukti). Jangan pakai bebal saja. "Kalau ada (bukti), ini satu tuduhan yang serius. Dia patut buat laporan agar ada siasatan," katanya kepada pemberita di Putrajaya hari ini Terdahulu, Iskandar yang merupakan ahli parlimen Bersatu mengumumkan sokongannya terhadap Anwar namun pada masa sama kekal bersama PN. Hamzah kemudian mendakwa SPRM telah mengugut Iskandar agar berbuat demikian jika tidak ingin dihadapkan dengan pertuduhan rasuah di mahkamah. Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki menafikan dakwaan itu dan menyifatkannya sebagai usaha untuk mencemarkan imej suruhanjaya itu. Dalam pada itu, Anwar turut menafikan dia

Kerajaan kembalikan geran bantuan Sekolah Agama Rakyat bawah Jakim

Image
                                KUALA LUMPUR - Kerajaan Perpaduan memutuskan untuk mengembalikan semula geran bantuan sebanyak RM20,000 kepada semua Sekolah Agama Rakyat yang berdaftar di bawah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim). Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan mengkhususkan RM1.9 bilion bagi pengurusan dan pembangunan hal ehwal Islam. Menurutnya, dua institusi pendidikan Islam akan dibina melibatkan kos RM220 juta iaitu Sekolah Menengah Integrasi Sains Tahfiz, Bukit Jalil, Kuala Lumpur dan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Jempol, Negeri Sembilan. “Sejumlah RM150 juta disediakan kepada Jakim untuk menyelenggara dan menaik taraf prasarana institusi pendidikan islam antaranya sekolah agama rakyat, institusi pondok berdaftar dan sekolah tahfiz. “Insya-ALLAH, penganjuran majlis ilmu oleh tokoh dan ilmuan Islam di seluruh negara khususnya di Kompleks Seri Perdana akan diteruskan dan diperbanyak bagi meningkatkan kefahaman serta penghaya

Akaun Fleksibel KWSP diperkenal, boleh diakses bila-bila masa

Image
        KUALA LUMPUR - Kerajaan akan memperkenalkan Akaun Fleksibel Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebagai akaun baharu yang boleh diakses ahli pada bila-bila masa. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, akaun ahli KWSP akan distrukturkan semula untuk memperkasakan simpanan persaraan. “Akaun Fleksibel KWSP akan diperkenalkan dan boleh diakses pada bila-bila masa,” ujarnya. Beliau berkata demikian ketika membentangkan Belanjawan 2024 Malaysia Madani di Dewan Rakyat, di sini pada Jumaat. Dalam pada itu, Anwar yang juga Menteri Kewangan menjelaskan, kerajaan juga akan menambah baik program perlindungan sosial bagi memastikan golongan tumpuan terus mendapat perlindungan sewajarnya. Tambah beliau, kadar tanggungan kerajaan di bawah Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS) akan ditingkatkan kepada 90 peratus dengan peruntukan RM100 juta. Ujarnya lagi, had caruman padanan kerajaan di bawah program i-Saraan KWSP ditingkatkan kepada RM500 setahun

SPRM serbu lima kilang beras di Kedah

Image
                           Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menyerbu lima kilang beras di Kedah yang disyaki terlibat dalam penyelewengan subsidi. Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki berkata tiga kilang diserbu hari ini manakala dua lagi semalam. Beliau berkata SPRM tidak melihat kepada isu penyorokan beras tetapi lebih kepada isu subsidi yang berpotensi mempunyai unsur rasuah. “Perspektif SPRM adalah lebih kepada kesalahan-kesalahan rasuah yang mungkin berlaku terutama jika melibatkan dana wang kerajaan berkaitan subsidi sekiranya ia diseleweng,” katanya. Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas Program Perkongsian Awam Swasta Fasa Dua: Cabaran Bersama Integriti Dalam Menangani Jenayah di Kuala Lumpur hari ini. “SPRM tidak sasarkan mana-mana ahli politik atau kerajaan negeri dalam isu (serbu kilang beras di Kedah) kerana tugas kami adalah untuk meneliti sebarang maklumat dan aduan yang diterima,” katanya. Azam juga berkata SPRM akan bertin

Pegawai, anggota JSJ pegang jawatan sensitif perlu isytihar harta - Shuhaily

Image
      Arahan supaya semua pegawai dan anggota polis yang memegang jawatan sensitif dalam Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) mengisytiharkan harta telah dikeluarkan dua minggu lepas. Pengarah JSJ Bukit Aman Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata tiada alasan untuk mereka tidak mengisytiharkan harta kerana arahan itu termaktub dalam pasukan polis. Beliau berkata ia juga antara usaha untuk membersihkan pasukan JSJ dengan lebih berkesan selaras arahan Ketua Polis Negara dan timbalannya. Mohd Shuhaily berkata jawatan sensitif itu ialah Risik dan Operasi, Ketua Bahagian JSJ Ibu Pejabat Polis Daerah serta pegawai dan anggota D7 (Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat). “Arahan berkenaan telah saya keluarkan pada dua minggu lepas kepada semua pegawai dan anggota JSJ yang bertugas dalam jawatan sensitif sebelum video ucapan saya menjadi tular dalam sosial media lagi. “Pengisytiharan harta ini mestilah pengisytiharan harta yang telus dan komprehensif,” katanya dalam sidang media khas di Buk

Sanusi dedah kronologi isu kontrak beras 100 juta

Image
ALOR SETAR: Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor, melahirkan rasa kesal terhadap laporan tanpa fakta tepat sehingga memberi gambaran seolah-olah Kedah menjadi punca negara kekurangan beras tempatan. Beliau berkata, laporan disebarkan itu seolah-olah kejadian itu baru berlaku di bawah pentadbirannya sedangkan tiada sebarang tindakan mahkamah diambil untuk membawa mereka yang didakwa terbabit ke muka pengadilan dalam kes berkenaan. Sanusi yang hanya dilantik sebagai Menteri Besar Kedah ke-14 pada Mei 2020, mendedahkan pada 2 Mac 2016, Kedah Agro Holdings Bhd (KAHB) menandatangani perjanjian kontrak pembuatan dan bekalan bersama Syarikat Prolink Marketing Sdn. Bhd (Prolink). Jelas beliau, berdasarkan rekod, perjanjian itu ditandatangani Pengerusi Ahli Lembaga Pengarah KAHB, Allahyarham Datuk Ahmad Zaini Japar, yang ketika itu Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Kayu Hitam bersama wakil syarikat Prolink iaitu C. Pubendran dan C. Kuganeswaran sebagai sa

Kes seludup 43 rakyat Malaysia, pertama kali berlaku di Amerika Selatan

Image
    Kes 43 rakyat Malaysia diperdaya sindiket Macau Scam dan diselamatkan polis Peru di La Molina, Lima, adalah yang pertama seumpama itu dikesan melibatkan pemerdagangan manusia rakyat negara ini di Amerika Selatan, kata Ketua Polis Negara Razarudin Husain. Beliau berkata maklumat awal yang diperoleh mendapati kesemua mangsa terdiri daripada 17 lelaki dan 26 wanita berusia antara 20-an dan 30-an itu, diperdaya dengan tawaran pekerjaan di luar negara yang menjanjikan bayaran lumayan. “Penipuan pekerjaan seperti ini bukan perkara baharu, namun ini kali pertama kita menghadapi mangsa yang diperdagangkan ke Amerika Selatan. “Kita menunggu kepulangan kesemua mangsa...apabila sampai sahaja di sini, Bahagian D3 Anti Pemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran akan buat temu bual untuk kenal pasti pengrekrut yang bawa 43 mangsa hingga ke Peru,” katanya pada sidang media khas di Bukit Aman di Kuala Lumpur hari ini. Beliau berkata kesemua mereka yang meninggalkan Malaysia pada 29

1MDB: Penganalisis jejak wang BNM bukan saksi pakar - peguam Najib

Image
            Peguam utama Najib Razak hari ini mempertikaikan kerelevanan keterangan penganalisis jejak wang Bank Negara Malaysia (BNM) berhubung pengakuan saksi itu di mahkamah sebagai bukan 'pakar'. Peguam bela Muhammad Shafee Abdullah memaklumkan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bahawa mungkin adalah lebih baik bagi mereka mengemukakan secara lisan tentang kerelevanan laporan jejak wang kes rasuah 1MDB dan keterangan keseluruhan saksi pendakwaan ke-47 Adam Ariff Mohd Roslan. "Saya tertanya-tanya, berdasarkan pengakuan saksi bahawa dia bukan saksi pakar, sama ada kita boleh terima yang keterangannya adalah tidak relevan, seperti pendapat dan dapatannya dalam laporan itu, dan dia mengakui bahawa ia boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja," kata Shafee kepada hakim Collin Lawrence Sequerah yang membicarakan kes rasuah RM2.28 bilion 1MDB terhadap Najib. Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Akram Gharib membalas dengan berkata, bahawa Adam tidak pernah dipang

PELATIH PLKN 3.0 BAKAL JALANI LATIHAN KETENTERAAN DI PULAPOL

Image
                                   KUALA LUMPUR: Kerajaan bersetuju meneruskan semula Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) yang dimansuhkan pada 2018 menggunakan kaedah latihan berbeza berbanding sebelumnya, dengan anak muda akan menjalani latihan di kem tentera. Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, sebanyak 13 kem tentera Wataniah akan digunakan untuk latihan selama tempoh 45 hari yang mampu menampung kapasiti sehingga 4,000 pelatih. "Kerajaan sudah memikirkan semula untuk meneruskan PLKN. Jemaah Menteri pada 2021 sudah pun meluluskan supaya ia dikaji semula dengan cara baharu untuk kita meneruskan PLKN. "Satu jawatankuasa khas ditubuhkan Kementerian Pertahanan (MINDEF) untuk mengkaji bagaimana cara kita hidupkan semula PLKN, tetapi dengan 'template' (acuan) baharu yang mana PLKN dulu dilakukan di banyak kem.  "Kita mahu supaya kali ini kita tidak berbelanja banyak, tetapi ia lebih memberikan pulangan baik kepada modal ins

Cadang potong elaun Ahli Parlimen jika tidak hadir persidangan - Speaker

Image
    Kuala Lumpur: Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul berkata, beliau sedang melihat dengan serius langkah perlu dilaksana, termasuk memotong elaun Ahli Parlimen jika mereka terus tidak hadir sidang Parlimen. Johari berkata, beliau perlu melaksanakan sesuatu yang lebih ketat untuk meningkatkan kehadiran Ahli Parlimen kerana mereka mempunyai tugas dan tanggungjawab terhadap pengundi dan kawasan parlimen yang diwakili. Beliau berkata, ada cadangan termasuk daripada bekas Speaker Tan Sri Mohamad Ariff Md Yusof yang mahu Peraturan Mesyuarat Parlimen dipinda untuk memudah cara pelaksanaan tindakan sedemikian. "Saya rasa ia adalah agak wajar kerana pada masa sekarang kami tidak ada peraturan itu, bermakna Ahli Parlimen tidak ada kekangan melakukannya. "Selepas hadir buat seketika, mereka 'blah', ini tidak adil," kata bekas Ahli Parlimen Gurun itu yang menambah beliau juga sedia untuk meningkatkan ketelusan dengan memuat naik rekod keda

SPRM serbu pejabat peguam Muhyiddin

Image
                           SPRM pagi ini telah menyerbu firma peguam yang mewakili bekas perdana menteri Muhyiddin Yassin, menurut sumber yang rapat dengan perkara itu. Sumber itu mendakwa 12 pegawai daripada badan antirasuah itu melakukan serbuan ke pejabat firma guaman Rosli Dahlan Saravana (RDS). Sumber itu mendakwa pegawai SPRM menuntut hak untuk menggeledah dan merampas dokumen firma tersebut. Sebelum ini, pegawai SPRM juga cuba menyerbu pejabat guaman Chetan Jethwani & Co, yang turut mewakili Muhyiddin. Sumber itu menegaskan Rosli Dahlan (gambar, atas) , yang juga rakan kongsi RDS, merupakan penasihat utama Bersatu dan presiden gabungan parti pembangkang Muhyiddin. Sumber itu juga menyatakan bahawa RDS mewakili Muhyiddin dalam saman fitnah bekas perdana menteri itu terhadap Perdana Menteri Anwar Ibrahim. Sumber itu seterusnya mendakwa terdapat syak wasangka serbuan itu bagi membolehkan SPRM mempunyai akses kepada fail firma guaman yang berkaitan dengan kes-kes yang di

Tuan Ibrahim jelaskan alasan Dr M bukan Muhyiddin jadi penasihat SG4

Image
  Perikatan Nasional (PN) melantik Dr Mahathir Mohamad sebagai penasihat di empat negeri bagi mendapatkan pengaruh bekas perdana menteri itu, kata Tuan Ibrahim Tuan Man. Timbalan Presiden PAS itu berkata, Pengerusi PN Muhyiddin Yassin merupakan sebahagian daripada pemimpin gabungan itu dan ini merupakan sebab dia tidak dilantik sebagai penasihat. "Sebenarnya Tan Sri Muhyiddin Yassin ini memang dah sebahagian daripada kita. "Tak lantik pun tak apa, sebab dah sebahagian daripada kita. Jadi apa-apa kita bincang, sentiasa bersama kita "Cuma kita ambil Tun M, sebenarnya ada faktor-faktor lain. Ada faktor yang tersurat dan tersirat "Kita nak seramai mungkin orang bersama dengan kita. Setiap orang tu ada dia punya penyokong dia, pengikut dia. Jadi orang yang berpengaruh begini kalau boleh bersama kita, dia akan membina satu gelombang, walau besar atau kecil,” katanya ketika sesi dialog bersama beberapa NGO awal petang tadi. Tuan Ibrahim mengulas cadangan Perkasa

Pemuda Umno syor penjara, rotan ke atas pemanipulasi bekalan beras

Image
                                         Kerajaan disaran menilai semula hukuman yang perlu dikenakan terhadap mana-mana pihak atau kartel yang 'mengkhianati' subsidi diberikan kepada rakyat dengan memanipulasi bekalan beras dalam negara. Ketua Pemuda Umno Dr Muhamad Akmal Saleh berkata hukuman lebih berat seperti sebatan atau penjara sewajarnya dikenakan ke atas mereka yang tidak bertanggungjawab supaya ia dapat memberi pengajaran kepada pihak lain. "Jika kita lihat hukuman paling tinggi yang ada pada hari ini ialah sekadar kompaun dan ia masih mampu dibayar mereka walaupun denda dikenakan mencecah RM100,000 jika melakukan kesalahan tersebut. "Tindakan ini bukanlah semata-mata untuk menghukum, namun lebih kepada memberi peringatan kepada mereka agar jangan ada yang berani mengambil kesempatan dengan mengkhianati subsidi sedangkan rakyat tertekan dan sukar mendapatkan bekalan beras," katanya. Beliau berkata kepada pemberita selepas program Pelepasan

Subsidi negara dijangka cecah RM81 bilion tahun ini

Image
    Subsidi dikeluarkan kerajaan untuk rakyat di seluruh negara termasuk elektrik, minyak dan makanan dijangka mencecah RM81 billion tahun ini, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim. Beliau berkata walaupun angka itu dilihat tinggi, mengurangkan jumlah subsidi itu tanpa melihat kepada keperluan rakyat bukan satu pilihan kepada kerajaan bagi memastikan rakyat tidak terbeban terutama dengan kos sara hidup masa kini. Justeru, katanya rasionalisasi subsidi yang sedang dilaksanakan kerajaan kini adalah penting dalam memastikan rakyat dapat dibantu dan ekonomi negara sentiasa kekal ampuh. "Subsidi ini campur tangan kerajaan untuk kurangkan beban rakyat. Subsidi untuk ayam dan telur pula RM3.8 billion, tetapi kurangkan subsidi bukan pilihan kerana ia membebankan rakyat jadi perlu dasar lebih ampuh kurangkan (subsidi) iaitu rasionalisasi subsidi. “Dengan jumlah subsidi (tinggi) tidak ada negara mampu bertahan, akan ada yang kurangkan," katanya berucap merasmika

PAS nafi Mahathir calon PN di Kemaman

Image
                           Naib Presiden PAS, Ahmad Samsuri Mokhtar menafikan parti itu kemungkinan meletakkan bekas Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad sebagai calon Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kemaman. Katanya, tidak ada perbincangan setakat kini dan dia hanya mendengar spekulasi berkenaan menerusi media sosial. “Kami pun sebenarnya belum ‘sit down’ (bincang) dalam kalangan pimpinan tertinggi (PAS) tentang persiapan menghadapi pilihan raya terutama penentuan calon. “Tarikh nak bincang (calon) pun belum ada lagi, mungkin minggu depan saya akan ke Kuala Lumpur,” katanya yang dipetik portal Utusan Malaysia pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu di Wisma Darul Iman, di Kuala Terengganu, hari ini. Ahmad Samsuri mengulas laporan sebuah portal yang menyebut jika Dr Mahathir berkata jika kembali ke Dewan Rakyat, ini akan memberinya peluang untuk berkhidmat sebagai “semak dan imbang yang lebih berkesan terhadap kerajaan perpaduan.” Laporan

Pemuda Umno: Wujudkan semula Lembaga Padi Beras Negara

Image
Kerajaan diharap dapat mewujudkan semula Lembaga Padi dan Beras Negara (LPN) bagi membendung masalah ketirisan dan mengekang aktiviti kartel yang didakwa menjadi dalang serta punca masalah kekurangan beras tempatan. Ketua Pemuda Umno Dr Muhammad Akmal Saleh berkata cadangan itu juga berdasarkan situasi kekurangan bekalan pada masa ini yang dilihat seakan-akan tidak dapat dikawal hingga menyukarkan rakyat mendapatkan beras tempatan di pasaran. "Melalui penubuhan LPN ia juga dilihat dapat mengatasi konflik kepentingan industri beras pada masa ini dan menfokuskan kawalan bekalan beras tempatan supaya tiada pihak yang mengambil kesempatan ketika rakyat berada dalam keadaan tertekan. "Kita juga tidak mahu kartel ini mengaut keuntungan besar, sebaliknya pesawah yang bersusah-payah menanggung sengsara dengan harga padi yang rendah dan rakyat pula sukar mendapat bekalan beras tempatan yang mencukupi," katanya kepada pemberita di Banda Hilir di Melaka hari ini. Dr M

PAS dakwa ceramah PN kurang sambutan sebab ramai polis

Image
                              Pemimpin PAS terus menyalahkan kehadiran polis yang ramai telah menyebabkan pengundi takut untuk menghadiri ceramah anjuran PN di Pelangai. Ahli Parlimen Pendang, Awang Solahuddin Hashim berkata pihak berkuasa tidak perlu risau dengan ancaman di ceramah yang dianjurkan PN kerana mereka sentiasa mematuhi peraturan. "Program-program ceramah PAS sekarang ini tidak adalah ganggu-gugat, kacau-bilau, baling kerusi macam puak sebelah sana tu kami disiplin, kami patuh pada undang-undang," katanya ketika berceramah di Dataran Purnama Simpang Pelangai, dekat Bentong, malam tadi. Pun begitu, Awang tidak memperincikan siapa 'puak sebelah sana dalam kejadian baling kerusi yang dimaksudkannya itu. "Itu saya sebut tadi pada pilihan raya enam negeri baru-baru ini kita buat khemah macam ini (di Pelangai) polis masuk dalam khemah penuh. “Saya kata (kita) buat khemah ni untuk orang mari dengar (ceramah)...saya kata kalau macam ni orang tak masuk

Sanusi nafi kata Vincent Tan korup

Image
    KUALA LUMPUR: Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor menegaskan beliau tidak mempunyai niat dan motif jahat, tipu daya serta kebencian terhadap Pengasas dan Penasihat Berjaya Corporation Berhad, Tan Sri Vincent Tan Chee Yioun dan Berjaya Land Berhad. Muhammad Sanusi yang menjawab tuntutan saman Vincent Tan dan Berjaya Land, berkata sebagai ahli politik dan pemimpin masyarakat, beliau menggunakan kebebasan bersuara untuk menimbulkan isu tatakelola dan ketirisan bersandarkan kepada fakta yang secara substantifnya adalah benar. Saman berkenaan difailkan Vincent Tan dan Berjaya pada 8 Ogos lalu, berhubung kenyataan Muhammad Sanusi mengenai Projek Gerbang Maritim Selangor (SMG) dalam ucapannya pada ceramah sempena kempen pilihan raya 'Jelajah Mega PN Best' atau 'PN Best Sayangi Kedah Sejahtera mega tour' di Dataran Darulaman, Jitra, Kedah pada 2 Ogos lalu. Dalam pernyataan pembelaan yang difailkan pada 29 September lalu, Ahli Dewan Undangan

Kerajaan sedia perinci kenaikan gaji penjawat awam

Image
          AYER KEROH: Kerajaan sedia memperincikan kenaikan gaji untuk kira-kira 1.3 juta penjawat awam sebelum dibentangkan dalam Belanjawan 2024, Oktober ini. Timbalan Menteri Kewangan 1, Datuk Seri Ahmad Maslan, berkata turut diperincikan adalah kenaikan kos pembayaran pencen kepada bekas anggota tentera tidak berpencen. "Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) amat prihatin kepada penjawat awam termasuklah bekas tentera yang dah lama memohon untuk kenaikan gaji (pencen). "Perkara itu sedang dibincangkan dan belum ada keputusan," katanya selepas mengadakan dialog pada siri Jelajah Belanjawan 2024 di Auditorium Seri Negeri, di sini hari ini. Beliau dilaporkan berkata, ia sebagai langkah sementara sehingga kajian menyeluruh berhubung skim gaji dan persaraan penjawat awam selesai dilakukan, yang dijangka pada tahun depan. Sementara itu, Ahmad berkata, Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) giat melaksanakan Program Jelajah Belanjawan 2024 peringkat negeri