Kerajaan sedia perinci kenaikan gaji penjawat awam

 

 Kerajaan akan umum sesuatu ceriakan penjawat awam 30 Ogos ini

 

 

 

AYER KEROH: Kerajaan sedia memperincikan kenaikan gaji untuk kira-kira 1.3 juta penjawat awam sebelum dibentangkan dalam Belanjawan 2024, Oktober ini.

Timbalan Menteri Kewangan 1, Datuk Seri Ahmad Maslan, berkata turut diperincikan adalah kenaikan kos pembayaran pencen kepada bekas anggota tentera tidak berpencen.

"Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) amat prihatin kepada penjawat awam termasuklah bekas tentera yang dah lama memohon untuk kenaikan gaji (pencen).

"Perkara itu sedang dibincangkan dan belum ada keputusan," katanya selepas mengadakan dialog pada siri Jelajah Belanjawan 2024 di Auditorium Seri Negeri, di sini hari ini.

Beliau dilaporkan berkata, ia sebagai langkah sementara sehingga kajian menyeluruh berhubung skim gaji dan persaraan penjawat awam selesai dilakukan, yang dijangka pada tahun depan.

Sementara itu, Ahmad berkata, Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) giat melaksanakan Program Jelajah Belanjawan 2024 peringkat negeri sebagai persiapan bagi penyediaan pembentangan belanjawan negara tahun ini.

Selain program jelajah peringkat negeri, MOF juga menganjurkan beberapa siri perbincangan bersama pelbagai pihak berkepentingan seperti penjawat awam, swasta, teknokrat, badan bukan kerajaan (NGO), ahli akademik dan rakyat bagi memastikan penyediaan belanjawan menyeluruh serta memenuhi hasrat segenap lapisan masyarakat.

Sumber: Berita Harian

 

Comments

Popular posts from this blog

TABUNG HAJI DEDAH MODUS OPERANDI TERBARU SCAMMER MENGGUNAKAN NAMA TABUNG HAJI

Sanusi dedah kronologi isu kontrak beras 100 juta