Anwar cabar Hamzah buktikan dakwaan MP Kuala Kangsar diugut sokong Kerajaan

 

 PN percaya Ahli Parlimen Kuala Kangsar diugut, kata Hamzah | Free Malaysia  Today (FMT)

 

 

Perdana Menteri Anwar Ibrahim membidas Ketua Pembangkang Hamzah Zainudin atas dakwaannya bahawa Ahli Parlimen Kuala Kangsar Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid diugut agar menyokong kerajaan.

Anwar berkata ia merupakan satu dakwaan serius dan Hamzah seharusnya mengemukakan bukti berkaitan kepada pihak berkuasa.

"Kalau ada bukti, dia patut keluarkan (bukti). Jangan pakai bebal saja.

"Kalau ada (bukti), ini satu tuduhan yang serius. Dia patut buat laporan agar ada siasatan," katanya kepada pemberita di Putrajaya hari ini

Terdahulu, Iskandar yang merupakan ahli parlimen Bersatu mengumumkan sokongannya terhadap Anwar namun pada masa sama kekal bersama PN.

Hamzah kemudian mendakwa SPRM telah mengugut Iskandar agar berbuat demikian jika tidak ingin dihadapkan dengan pertuduhan rasuah di mahkamah.

Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki menafikan dakwaan itu dan menyifatkannya sebagai usaha untuk mencemarkan imej suruhanjaya itu.

Dalam pada itu, Anwar turut menafikan dia ada menghubungi Iskandar atau menghantar wakil untuk bertemu dengannya.

"Apa yang saya tahu, saya belum jumpa (Iskandar), belum hubungi atau hantar wakil (untuk berjumpa).

"Saya tak tahu siapa yang ugut (seperti didakwa)," katanya lagi.

Namun, Anwar berkata dia mengalu-alukan keputusan Iskandar untuk menyokong kepimpinannya walau kekal bersama PN.

Sumber: Malaysiakini

 

Comments

Popular posts from this blog

TABUNG HAJI DEDAH MODUS OPERANDI TERBARU SCAMMER MENGGUNAKAN NAMA TABUNG HAJI

Kerajaan sedia perinci kenaikan gaji penjawat awam

Sanusi dedah kronologi isu kontrak beras 100 juta