1MDB: Penganalisis jejak wang BNM bukan saksi pakar - peguam Najib

 

 Peguam Najib buat aduan pertukaran hakim

 

 

 

 Peguam utama Najib Razak hari ini mempertikaikan kerelevanan keterangan penganalisis jejak wang Bank Negara Malaysia (BNM) berhubung pengakuan saksi itu di mahkamah sebagai bukan 'pakar'.

Peguam bela Muhammad Shafee Abdullah memaklumkan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bahawa mungkin adalah lebih baik bagi mereka mengemukakan secara lisan tentang kerelevanan laporan jejak wang kes rasuah 1MDB dan keterangan keseluruhan saksi pendakwaan ke-47 Adam Ariff Mohd Roslan.

"Saya tertanya-tanya, berdasarkan pengakuan saksi bahawa dia bukan saksi pakar, sama ada kita boleh terima yang keterangannya adalah tidak relevan, seperti pendapat dan dapatannya dalam laporan itu, dan dia mengakui bahawa ia boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja," kata Shafee kepada hakim Collin Lawrence Sequerah yang membicarakan kes rasuah RM2.28 bilion 1MDB terhadap Najib.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Akram Gharib membalas dengan berkata, bahawa Adam tidak pernah dipanggil oleh pihak pendakwaan untuk menjadi saksi pakar, sebaliknya memberi keterangan mengenai fakta berikutan analisis saksi terhadap pelbagai penyata bank dan dokumentasi lain.

"Kegagalan untuk menyoal balas adalah sama dengan menerima (keterangan Adam sepanjang enam hari oleh pasukan peguam Najib). Ia semudah itu," kata Akram.

Sequerah kemudiannya mengingatkan pasukan pembelaan bahawa mereka boleh membangkitkan isu yang sama semasa penghujahan lisan pada akhir kes pendakwaan, dan peguam Najib perlu meneruskan sahaja dengan pemeriksaan balas terhadap Adam.

Selepas berhenti seketika, Shafee menyambung semula pemeriksaan balas terhadap Adam.

Sumber: Malaysiakini

Comments

Popular posts from this blog

TABUNG HAJI DEDAH MODUS OPERANDI TERBARU SCAMMER MENGGUNAKAN NAMA TABUNG HAJI

Kerajaan sedia perinci kenaikan gaji penjawat awam

Sanusi dedah kronologi isu kontrak beras 100 juta