SPRM serbu pejabat peguam Muhyiddin

                     

SPRM pagi ini telah menyerbu firma peguam yang mewakili bekas perdana menteri Muhyiddin Yassin, menurut sumber yang rapat dengan perkara itu.

Sumber itu mendakwa 12 pegawai daripada badan antirasuah itu melakukan serbuan ke pejabat firma guaman Rosli Dahlan Saravana (RDS).

Sumber itu mendakwa pegawai SPRM menuntut hak untuk menggeledah dan merampas dokumen firma tersebut.

Sebelum ini, pegawai SPRM juga cuba menyerbu pejabat guaman Chetan Jethwani & Co, yang turut mewakili Muhyiddin.

Sumber itu menegaskan Rosli Dahlan (gambar, atas), yang juga rakan kongsi RDS, merupakan penasihat utama Bersatu dan presiden gabungan parti pembangkang Muhyiddin.

Sumber itu juga menyatakan bahawa RDS mewakili Muhyiddin dalam saman fitnah bekas perdana menteri itu terhadap Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

Sumber itu seterusnya mendakwa terdapat syak wasangka serbuan itu bagi membolehkan SPRM mempunyai akses kepada fail firma guaman yang berkaitan dengan kes-kes yang disebutkan di atas, yang kemudiannya mungkin dibocorkan kepada pihak bertentangan.

Malaysiakini telah menghubungi Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki untuk mendapatkan maklum balas berhubung perkara itu.

Sumber: Malaysiakini

Comments

Popular posts from this blog

TERKINI : NAJUB DAPAT PENGAMPUNAN?

Bagaimana mendaftar di Padu dan maklumat diperlukan

Bonus! Penjawat awam dapat RM2,000, pesara RM1,000