Posts

Showing posts from December, 2023

Pokok rambai jadi 'penyelamat' mangsa banjir di Kelantan

Image
                                             Empat petani di Gua Musang, Kelantan terpaksa berpaut pada pokok rambai untuk terus hidup apabila banjir besar melanda kebun sayur mereka pada waktu petang hari ini. Menurut Jabatan Bomba dan Penyelamat, empat lelaki itu sedang tidur di kuarters pekerja di kebun sayur di Pos Blau apabila air mula naik pada kira-kira jam 5 pagi. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Gua Musang, Nor Azizi Che Noh berkata, mangsa - dua lelaki tempatan berusia 69 tahun dan dua warga Myanmar - segera meninggalkan premis itu untuk keselamatan. “Mangsa terpaksa meninggalkan rumah berkenaan yang kemudiannya dihanyutkan banjir. “Mereka kemudian berlari ke arah tempat penyimpanan baja di kebun sayur yang mempunyai pokok rambai di sebelahnya dan memanjat pokok itu. "Pekerja kemudian menghubungi majikan mereka dari atas pokok, sebelum majikan memaklumkan pihak berkuasa melalui talian kecemasan 999 pada 7.31 pagi," katanya. Selepas menerima maklumat meng

Mahkamah arah Shafee bayar LHDN RM5.5 juta tunggakan cukai

Image
  Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini memerintahkan peguam, Muhammad Shafee Abdullah membayar tunggakan cukai pendapatan berjumlah lebih RM5.5 juta kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). Ia susulan keputusan mahkamah sama pada 15 Disember lalu yang membenarkan permohonan LHDN untuk mendapatkan penghakiman terus dalam samannya. Dalam prosiding hari ini, Pesuruhjaya Kehakiman Roz Mawar Rozain memutuskan demikian selepas Peguam Kanan Hasil Norhisham Ahmad memberitahu mahkamah bahawa jumlah akhir yang perlu dibayar oleh Shafee ialah RM5,529,577.70. “Pihak kami juga memohon kos RM10,000,” kata Norhisham yang turut dibantu Peguam Kanan Hasil Muhammad Faqrol Syazreen Mohd Ghause. Bagaimanapun, peguam Muhammad Farhan Muhammmad Shafee, yang mewakili bapanya selaku defendan memohon kos RM5,000. Roz Mawar kemudian membenarkan kos RM10,000 kerana jumlah tersebut adalah munasabah. Sementara itu, Farhan memberitahu mahkamah pihaknya akan mendapatkan arahan daripada anak guam sama a

Langgar lari: DSP didakwa bunuh pelajar

Image
  Pegawai kanan polis berpangkat DSP yang terbabit dalam kes kematian seorang pelajar lelaki tingkatan lima pada Jumaat lalu, didakwa di Mahkamah Majistret Ipoh, hari ini, atas tuduhan membunuh. Pertuduhan terhadap Mohd Nazri Abdul Razak, 44, dibuat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati atau penjara minimum 30 tahun atau maksimum 40 tahun dan jika dihukum mati hendaklah disebat tidak kurang 12 sebatan. Pegawai yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah itu dihadapkan di hadapan Majistret, S Punitha. Dia didakwa membunuh Muhammad Zaharif Affendi Muhd Zamrie, 17, di Jalan Taman Jati 1, dekat Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jati, Meru antara jam 12.05 hingga 12.40 tengah hari 15 Disember lalu. Bagaimanapun tidak pengakuan direkodkan berikutan kes bunuh di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi, lapor BH Online. Pegawai kanan polis itu kelihatan tenang sepanjang prosiding, namun abang mangsa, Zarul Fitri, 29 tidak dapat menahan sebak ketika p

Bonus! Penjawat awam dapat RM2,000, pesara RM1,000

Image
                                           BERITA baik, bonus untuk kakitangan awam! Menerusi Bajet 2024, kerajaan bersetuju untuk memberi Bayaran Insentif Awal Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) sebanyak RM2,000 kepada semua penjawat awam gred 56 dan ke bawah termasuk lantikan kontrak. Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, manakala pemberian sebanyak RM1,000 kepada semua Jawatan Utama Sektor Awam termasuk polis, bomba, tentera, angkatan bersenjata dan seluruh anggota beruniform. "Bayaran insentif RM1,000 turut disalurkan kepada semua pesara kerajaan termasuk veteran berpencen serta veteran tidak berpencen," katanya ketika membentangkan Bajet 2024, pada Jumaat. Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, bayaran tersebut akan dibuat secara sekali gus pada akhir Februari tahun depan bagi meringankan beban persediaan persekolahan anak-anak serta persiapan menjelang Ramadan dan Syawal. Dalam pada itu, Anwar memberitah

Zayn Rayyan disyaki dibunuh di lokasi lain'

Image
  Kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan Abdul Matiin yang ditemukan meninggal dunia di aliran anak sungai di Damansara Damai dekat Petaling Jaya, Selangor dipercayai dibunuh di lokasi lain sebelum mayatnya diletakkan di anak sungai terbabit. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata hasil bedah siasat semalam mendapati kanak-kanak berusia enam tahun itu meninggal dunia dalam tempoh 48 jam sebelum mayatnya ditemukan. "Mengambil kira daripada hasil bedah siasat, polis merumuskan mangsa tidak mati di tempat kejadian, mungkin mati di tempat lain dan diletakkan di situ (anak sungai)...yang pasti dia (Zayn Rayyan) bukan lemas," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya di malam tadi. Mohd Shuhaily berkata hasil proses bedah siasat, selain kecederaan di leher dan badan mangsa, terdapat juga kecederaan mempertahankan diri. Dia berkata siasatan awal mendapati aliran anak sungai itu bukan laluan kebiasaan

Gaji penjawat awam, elaun pesara naik tahun depan

Image
  KUALA LUMPUR: Kerajaan dijangka mengumumkan beberapa berita gembira kepada penjawat awam dan pesara pada tahun depan, yang antaranya berkaitan kenaikan gaji. Menteri Komunikasi Dan Digital, Fahmi Fadzil berkata beberapa keputusan telah dicapai dalam Mesyuarat Jemaah Menteri dan perkara berkenaan akan diumumkan oleh Perdana Menteri atau Ketua Setiausaha Negara (KSN). Bagaimanapun, Fahmi yang juga jurucakap Kerajaan Perpaduan tidak memperincikan lanjut mengenai perkara tersebut.    "... Tetapi pada masa yang sama ada dua perkara penting bagi mereka yang masih berkhidmat. Pertama kita telah luluskan Kertas Putih Dasar Gaji Progresif bagi pekerja di sektor swasta. "Jadi, insya-Allah bermula 2024 pelaksanaan gaji progresif itu kita harap akan dapat menampakkan peningkatan pendapatan bagi pekerja di sektor swasta.   "Pada masa yang sama bagi sektor awam, Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) telah sebut sebelum ini, kita ada semak (kenaikan gajii) dan insya-Allah me

MOF: Waspada penipuan melalui pemindahan kredit eMadani

Image
  Kementerian Kewangan (MOF) menasihati orang ramai agar berwaspada dengan tawaran perkhidmatan penebusan tunai (cash-out) atau pemindahan ‘peer-to-peer’ kredit eMADANI oleh pihak tidak bertanggungjawab di platform media sosial . Kementerian itu dalam satu kenyataan memaklumkan ia bagi mengelakkan penerima eMADANI daripada menjadi mangsa penipuan ‘scam’ dan sekali gus hilang kredit eMADANI mereka . "MOF tidak akan bertanggungjawab jika terdapat sebarang kehilangan kredit akibat daripada pemindahan ‘peer-to-peer’ atau penebusan tunai. "Pihak Kerajaan akan mengambil langkah tegas termasuk menyekat akaun yang terlibat dan melucutkan hak kredit penerima eMADANI jika terdapat laporan bagi mana-manakes yang melibatkan pemindahan ‘peer-to-peer’ atau penebusan tunai," jelasnya. Kementerian Kewangan berkata program eMADANI bertujuan untuk menggalakkan ekonomi digital dan memupuk budaya pembayaran tanpa tunai. Oleh itu, ujarnya, kredit eMADANI tidak boleh digunakan b

Lelaki jatuh ke landasan, maut digilis LRT

Image
  Seorang lelaki berumur 27 tahun maut akibat digilis tren Transit Aliran Ringan (LRT) selepas terjatuh ke atas landasan di stesen LRT Dato’ Keramat malam tadi. Komander Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur Mohd Fabell Md Yasin berkata pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada pukul 9.05 malam, dan terpaksa mendapatkan bantuan juruteknik LRT untuk menggerakkan tren kebahagian belakang bagi mengeluarkan mayat lelaki itu. “Lelaki itu digilis di bahagian kedua-dua belah kaki dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pihak petugas kesihatan,” katanya dalam kenyataan malam tadi. Sementara Rapid Rail Sdn Bhd (Rapid Rail) dalam kenyataan malam tadi berkata susulan kejadian itu jadual perjalanan LRT Laluan Kelana Jaya terjejas, menyebabkan waktu menunggu yang lebih lama. Menurutnya perkhidmatan rel alternatif, termasuk perkhidmatan bas sokongan, telah diaktifkan bagi menyokong operasi. “Pihak Rapid Rail akan bekerjasama dengan pihak berkuasa bagi