MOF: Waspada penipuan melalui pemindahan kredit eMadani

 eMadani : Cara Tebus Kredit e-Wallet RM100 Mulai 4 Disember

Kementerian Kewangan (MOF) menasihati orang ramai agar berwaspada dengan tawaran perkhidmatan penebusan tunai (cash-out) atau pemindahan ‘peer-to-peer’ kredit eMADANI oleh pihak tidak bertanggungjawab di platform media sosial .

Kementerian itu dalam satu kenyataan memaklumkan ia bagi mengelakkan penerima eMADANI daripada menjadi mangsa penipuan ‘scam’ dan sekali gus hilang kredit eMADANI mereka .

"MOF tidak akan bertanggungjawab jika terdapat sebarang kehilangan kredit akibat daripada pemindahan ‘peer-to-peer’ atau penebusan tunai.

"Pihak Kerajaan akan mengambil langkah tegas termasuk menyekat akaun yang terlibat dan melucutkan hak kredit penerima eMADANI jika terdapat laporan bagi mana-manakes yang melibatkan pemindahan ‘peer-to-peer’ atau penebusan tunai," jelasnya.

Kementerian Kewangan berkata program eMADANI bertujuan untuk menggalakkan ekonomi digital dan memupuk budaya pembayaran tanpa tunai.

Oleh itu, ujarnya, kredit eMADANI tidak boleh digunakan bagi pemindahan ‘peer -to-peer’ atau penebusan tunai.

"Ia hanya boleh digunakan u ntuk pembelian secara fizikal melalui e-dompet yang terlibat iaitu MAE, Setel, ShopeePay dan Touch ‘n Go eWallet atau QR DuitNow di 1.8 juta peruncit/perniagaan di seluruh negara,” jelasnya.

Pendaftaran program eMADANI dibuka mulai hari ini sehingga 20 Februari 2024 dan akan memanfaatkan seramai 10 juta rakyat dewasa yang layak, meliputi golongan B40 dan M40.

Mereka yang ingin mengetahui maklumat lanjut mengenai program berkenaan boleh melayari https://manfaat.mof.gov.my/individu/eMADANI 

Sumber:Malaysiakini


Comments

Popular posts from this blog

TABUNG HAJI DEDAH MODUS OPERANDI TERBARU SCAMMER MENGGUNAKAN NAMA TABUNG HAJI

Kerajaan sedia perinci kenaikan gaji penjawat awam

Sanusi dedah kronologi isu kontrak beras 100 juta