Skip to main content

Gaji penjawat awam, elaun pesara naik tahun depan

 Penjawat awam galas aspirasi besar kerajaan - Kosmo Digital

KUALA LUMPUR: Kerajaan dijangka mengumumkan beberapa berita gembira kepada penjawat awam dan pesara pada tahun depan, yang antaranya berkaitan kenaikan gaji.
Menteri Komunikasi Dan Digital, Fahmi Fadzil berkata beberapa keputusan telah dicapai dalam Mesyuarat Jemaah Menteri dan perkara berkenaan akan diumumkan oleh Perdana Menteri atau Ketua Setiausaha Negara (KSN).
Bagaimanapun, Fahmi yang juga jurucakap Kerajaan Perpaduan tidak memperincikan lanjut mengenai perkara tersebut. 
 
"... Tetapi pada masa yang sama ada dua perkara penting bagi mereka yang masih berkhidmat. Pertama kita telah luluskan Kertas Putih Dasar Gaji Progresif bagi pekerja di sektor swasta.
"Jadi, insya-Allah bermula 2024 pelaksanaan gaji progresif itu kita harap akan dapat menampakkan peningkatan pendapatan bagi pekerja di sektor swasta.
 
"Pada masa yang sama bagi sektor awam, Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) telah sebut sebelum ini, kita ada semak (kenaikan gajii) dan insya-Allah menjelang tahun 2024, gaji penjawat awam akan naik," katanya kepada pemberita di sini pada Isnin.
 
Beliau sebelum itu berucap pada Forum Sistem Penyampaian Perkhidmatan Awam: Menjadikannya Lebih Cekap Dan Berkesan di Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) di Bukit Kiara.
Sebelum ini, Perdana Menteri memaklumkan kerajaan akan menaikkan gaji kira-kira 1.6 juta penjawat awam dalam amaun kecil buat sementara waktu melalui Belanjawan 2024 sebelum kenaikan berkala bagi setiap 10 tahun.
 
Mengulas lanjut, Fahmi berkata tahun depan adalah penting untuk kerajaan kembali merancakkan ekonomi termasuk melalui kemasukan pelaburan yang diperoleh pada 2023.
Dalam masa sama, beliau memaklumkan kerajaan melalui pelbagai kementerian berusaha untuk memudahkan cara perniagaan dan pelabur serta mengurangkan karenah birokrasi.
"Saya sebagai contoh telah mengatakan satu kerisauan dalam kalangan (penyedia perkhidmatan) 'call centre' mereka menyatakan mengambil masa untuk membawa masuk pekerja asing berpengetahuan.
"Jadi saya telah minta Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) untuk menyelaraskan beberapa perkara. Misalnya, daripada (tempoh) 12 atau lebih minggu untuk mendapatkan keputusan, maka ia boleh dikurangkan," katanya.
 
Fahmi menambah sektor penyedia perkhidmatan memiliki hampir 200,000 pekerja dan antara yang terpenting dan berpotensi menjadikan Malaysia sebagai hub 'call centre'.
Sementara itu mengenai pendaftaran bagi Identiti Digital Nasional (IDN), Fahmi memaklumkan penjawat awam akan menjadi kumpulan pertama, selain penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) akan turut diminta mendaftar.

"Tetapi untuk aspek itu (pendaftaran), kita tunggu pengumuman selanjutnya," ujarnya.

Sumber: Astro Awani


Comments

Popular posts from this blog

TERKINI : NAJUB DAPAT PENGAMPUNAN?

Bagaimana mendaftar di Padu dan maklumat diperlukan

Bonus! Penjawat awam dapat RM2,000, pesara RM1,000