Langgar lari: DSP didakwa bunuh pelajar

 Kes langgar pelajar disegerakan, polis dapatkan rakaman 'dashcam' | Free  Malaysia Today (FMT)

Pegawai kanan polis berpangkat DSP yang terbabit dalam kes kematian seorang pelajar lelaki tingkatan lima pada Jumaat lalu, didakwa di Mahkamah Majistret Ipoh, hari ini, atas tuduhan membunuh.

Pertuduhan terhadap Mohd Nazri Abdul Razak, 44, dibuat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati atau penjara minimum 30 tahun atau maksimum 40 tahun dan jika dihukum mati hendaklah disebat tidak kurang 12 sebatan.

Pegawai yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah itu dihadapkan di hadapan Majistret, S Punitha.

Dia didakwa membunuh Muhammad Zaharif Affendi Muhd Zamrie, 17, di Jalan Taman Jati 1, dekat Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jati, Meru antara jam 12.05 hingga 12.40 tengah hari 15 Disember lalu.

Bagaimanapun tidak pengakuan direkodkan berikutan kes bunuh di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi, lapor BH Online.

Pegawai kanan polis itu kelihatan tenang sepanjang prosiding, namun abang mangsa, Zarul Fitri, 29 tidak dapat menahan sebak ketika pertuduhan dibacakan.

Punitha menetapkan 7 Februari depan untuk sebutan semula kes sementara menunggu laporan kimia.

Terdahulu dalam insiden yang berlaku Jumaat lalu, pegawai tersebut yang memandu Perodua Ativa didakwa melanggar pelajar SMK itu yang sedang menunggang motosikal.

Remaja itu maut di tempat kejadian selepas cedera di bahagian dada dan abdomen.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pegawai Pendakwa Raya Azlina Rasdi (Ketua), Timbalan Pendakwa Raya Khairul Azreem Mamat, Timbalan Pendakwa Raya Wan Azimah Yaakob, Timbalan Pendakwa Raya Afzainizam Abdul Aziz, Timbalan Pendakwa Raya Saiful Akmal Mod Said, Timbalan Pendakwa Raya Nasrul Hadi Abdul Ghani, Timbalan Pendakwa Raya J.S. Geetha dan Timbalan Pendakwa Raya Low Qin Hui.

Sumber: Malaysiakini


Comments

Popular posts from this blog

TABUNG HAJI DEDAH MODUS OPERANDI TERBARU SCAMMER MENGGUNAKAN NAMA TABUNG HAJI

Kerajaan sedia perinci kenaikan gaji penjawat awam

Sanusi dedah kronologi isu kontrak beras 100 juta