Pokok rambai jadi 'penyelamat' mangsa banjir di Kelantan


                                    

Empat petani di Gua Musang, Kelantan terpaksa berpaut pada pokok rambai untuk terus hidup apabila banjir besar melanda kebun sayur mereka pada waktu petang hari ini.

Menurut Jabatan Bomba dan Penyelamat, empat lelaki itu sedang tidur di kuarters pekerja di kebun sayur di Pos Blau apabila air mula naik pada kira-kira jam 5 pagi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Gua Musang, Nor Azizi Che Noh berkata, mangsa - dua lelaki tempatan berusia 69 tahun dan dua warga Myanmar - segera meninggalkan premis itu untuk keselamatan.

“Mangsa terpaksa meninggalkan rumah berkenaan yang kemudiannya dihanyutkan banjir.


“Mereka kemudian berlari ke arah tempat penyimpanan baja di kebun sayur yang mempunyai pokok rambai di sebelahnya dan memanjat pokok itu.

"Pekerja kemudian menghubungi majikan mereka dari atas pokok, sebelum majikan memaklumkan pihak berkuasa melalui talian kecemasan 999 pada 7.31 pagi," katanya.

Selepas menerima maklumat mengenai kejadian itu, Azizi berkata pihaknya menghantar lapan anggota untuk menyelamatkan mangsa menggunakan bot.

Kesemua mangsa berjaya diselamatkan pada jam 9.30 pagi

Sumber: Malaysiakini

 


Comments

Popular posts from this blog

TABUNG HAJI DEDAH MODUS OPERANDI TERBARU SCAMMER MENGGUNAKAN NAMA TABUNG HAJI

Kerajaan sedia perinci kenaikan gaji penjawat awam

Sanusi dedah kronologi isu kontrak beras 100 juta