TABUNG HAJI DEDAH MODUS OPERANDI TERBARU SCAMMER MENGGUNAKAN NAMA TABUNG HAJI

 

Pendeposit tak aktif Tabung Haji diberi masa sehingga November, perlu buat  paling kurang satu transaksi jika tak mahu akaun dipindah - Semasa | mStar

 

 

Laman web www.thijari.ticketmysearch.com adalah palsu dan bukan di bawah kendalian Tabung Haji (TH). 

Sehubungan itu, TH dalam satu hantaran di Facebook hari ini menasihati pendeposit supaya tidak terpedaya dengan pelbagai taktik scammer dan hanya melayari alamat laman web yang betul.

“THiJARI boleh diakses menerusi https://www.thijari.com.my Kalau Curiga, Jangan Percaya.

"Pendeposit dinasihati untuk sentiasa peka dan berhati-hati dengan pautan yang mencurigakan," menurut hantaran itu.

Laman web THiJARI merupakan platform dalam talian bagi perkhidmatan kepada para pendeposit untuk pelbagai urusan termasuk menyemak akaun, mencetak penyata akaun, pindahan wang dan perkhidmatan haji.

Sumber: Malaysiakini

Comments

Popular posts from this blog

Kerajaan sedia perinci kenaikan gaji penjawat awam

Sanusi dedah kronologi isu kontrak beras 100 juta