PRN: Tun M ramal PN menang 5-1

 

                             Malaysia's opposition alliance headed by veteran ex-leader Mahathir Mohamad, 92, has won a historic election victory, official results showed on May 10, 2018, ending the six-decade rule of the Barisan Nasional (BN) coalition.

 

Langkawi: Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, meramalkan Perikatan Nasional (PN) menang mudah 5-1 pada Pilihan Raya Negeri (PRN) membabitkan enam negeri, 12 Ogos ini.

Dr Mahathir berkata, gabungan parti pimpinan Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin itu mempunyai harapan cerah menguasai kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) membabitkan lima daripada enam negeri yang mengadakan pilihan raya serentak.

"Saya berpendapat PN mempunyai potensi baik iaitu mereka mungkin menang semua negeri di Pantai Timur (Kelantan dan Terengganu) selain di Kedah, Selangor dan Negeri Sembilan.

"Cuma mereka (PN) tidak boleh tembusi di Pulau Pinang," katanya pada sidang media selepas berucap pada Perhimpunan Hari Perniagaan Sosial Ke-13 di Pelangi Beach Resort & Spa di sini, hari ini.

Dr Mahathir berkata, ramalan itu dibuat berdasarkan perubahan sentimen yang diperlihatkan dalam kalangan pengundi yang lanjut usia, khususnya orang Melayu di luar bandar.

"Sentimen pengundi Melayu kini tidak sama ketika berlangsungnya Pilihan Raya Umum (PRU) yang lalu kerana kebanyakan mereka kini berasa curiga terhadap masa depan.

"Mereka lihat kedudukan (ekonomi) tidak berubah, masih miskin dan berasa tertekan, pada masa sama tidak dapat petunjuk atau cadangan kerajaan bagaimana untuk membawa kemajuan kepada mereka," katanya.

Sementara itu, ketika diminta mengulas kemungkinan terdapat lambakan calon Bebas pada PRN di enam negeri, beliau berkata, jika perkara itu berlaku, ia memperlihatkan ada pihak cuba memperlekehkan proses pilihan raya.

"(Jika ada lambakan calon Bebas) nampak pilihan raya ini macam (perkara) main-main dan tak serius. Apa boleh buat oleh individu yang menjadi calon Bebas, saya nampak dia tak boleh buat apa pun.

"Cuma (kalau menang) boleh pergi Parlimen dan bercakap, tapi tak ada kesan sama sekali, kerana tidak mewakili suara ramai sebab pilihan raya untuk membentuk kerajaan, bukan nak jadi wakil rakyat semata-mata," katanya.

Sumber:Harianmetro

 

 

Comments

Popular posts from this blog

TABUNG HAJI DEDAH MODUS OPERANDI TERBARU SCAMMER MENGGUNAKAN NAMA TABUNG HAJI

Kerajaan sedia perinci kenaikan gaji penjawat awam

Sanusi dedah kronologi isu kontrak beras 100 juta