Posts

Showing posts from July, 2023

PRN: Tun M ramal PN menang 5-1

Image
                                       Langkawi: Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, meramalkan Perikatan Nasional (PN) menang mudah 5-1 pada Pilihan Raya Negeri (PRN) membabitkan enam negeri, 12 Ogos ini. Dr Mahathir berkata, gabungan parti pimpinan Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin itu mempunyai harapan cerah menguasai kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) membabitkan lima daripada enam negeri yang mengadakan pilihan raya serentak. "Saya berpendapat PN mempunyai potensi baik iaitu mereka mungkin menang semua negeri di Pantai Timur (Kelantan dan Terengganu) selain di Kedah, Selangor dan Negeri Sembilan. "Cuma mereka (PN) tidak boleh tembusi di Pulau Pinang," katanya pada sidang media selepas berucap pada Perhimpunan Hari Perniagaan Sosial Ke-13 di Pelangi Beach Resort & Spa di sini, hari ini. Dr Mahathir berkata, ramalan itu dibuat berdasarkan...

Sanusi jawab Rafizi: Debat dengan saya tak akan baiki ekonomi

Image
                            Menteri besar sementara Kedah Muhammad Sanusi Md Nor menolak cabaran Naib Presiden PKR Rafizi Ramli untuk berdebat secara langsung ketika kempen PRN nanti. Sanusi berkata perdebatan tersebut tidak akan menyumbang kepada pemulihan ekonomi negara. "Suruh (Rafizi) jaga Kementerian Ekonomi elok-elok, guna formula-formula ajaib yang dia selalu cakap itu. "Kenapa nak sibuk berdebat, PRN ini bukan untuk pilih menteri ekonomi. Nak pilih kerajaan negeri saja. "Keadaan ekonomi negara kritikal sekarang, debat dengan saya tak akan ubah kedudukan ekonomi negara," katanya kepada Malaysiakini . Rafizi yang merupakan menteri ekonomi dilaporkan mencabar Sanusi untuk berdebat dengannya, dan menyifatkan sebagai Sanusi sebagai pemimpin pembangkang paling berani pada masa ini. Rafizi dan Sanusi adalah pengarah pilihan raya untuk parti masing-masing. Menurut Harian Metro , Rafizi berkata cabar...

Hasil PRN bukti referendum rakyat terhadap pentadbiran Anwar - KJ

Image
                                 SHAH ALAM - Pilihan raya negeri (PRN) enam negeri yang bakal berlangsung pada 12 Ogos depan merupakan referendum rakyat terhadap pentadbiran Kerajaan Perpaduan yang telah memerintah selama lapan bulan. Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, Selangor bakal berhadapan ujian sebenar dalam melihat keberhasilan gabungan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) untuk mendapatkan sokongan daripada pengundi “Berdasarkan rekod prestasi, pentadbiran negeri penyandang dan nombor pengundian awal, Selangor merupakan negeri di bawah PH yang akan kalah. Bagaimanapun, arus politik di Malaysia pula menunjukkan Perikatan Nasional (PN) mungkin mempunyai momentum,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis. Beritahu bekas Ahli Parlimen Rembau itu, walaupun PH merupakan sebuah parti yang diharapkan untuk kekal berkuasa di Selangor ...

Kerajaan umum e-tunai RM100 kepada 10 juta rakyat

Image
Kerajaan menawarkan kredit e-tunai RM100 kepada semua rakyat dewasa Malaysia yang berpendapatan RM100,000 setahun dan ke bawah. Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata perkara itu diberikan susulan kejayaan dan kesan besar program e-tunai kepada masyarakat. “Bilangan penerima yang layak dianggarkan melebihi 10 juta rakyat iaitu merangkumi golongan B40 dan M40 dengan dana sekitar RM1 bilion,” katanya. Langkah itu sebahagian daripada rancangan ekonomi baru kerajaan yang dinamakan "Ekonomi Madani: Memperkasa Rakyat". Ia diumumkan oleh Anwar sebentar tadi dan disiarkan secara langsung di pelbagai media Sumber:  Malaysiakini

Dari Kelantan ke Selangor, Mahathir sertai Hadi 'satukan' Melayu

Image
    Menjelang permulaan kempen enam pilihan raya negeri pada hujung minggu ini, bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad dan Presiden PAS Abdul Hadi Awang memilih Selangor - kubu Pakatan Harapan (PH) - sebagai pentas penampilan bersama kali kedua mereka. Hadir sebagai tetamu pada Townhall Bicara Negarawan dan Agamawan untuk Rakyat Malaysia di Dewan i-City Convention Centre, i-City Central Walk, di Shah Alam malam tadi, kedua-dua mereka mengingatkan orang Melayu-Islam tentang kepentingan undi mereka untuk menuntut semula kuasa politik. Ditanya mengenai kebimbangannya terhadap orang Melayu, Mahathir mendakwa bahawa semangat pemurah masyarakat itu membawa kepada keadaan semasa apabila masyarakat bukan Melayu menuntut hak ke atas negara yang asalnya milik mereka. “Inilah yang berlaku hari ini...,” dakwa Mahathir yang hadir bersama Hadi dalam panel yang dianjurkan oleh sekretariat Proklamasi Melayu, yang dipimpinnya, serta NGO berkaitan PAS, Geng Ustaz. Bekas pemimpi...

Hamzah: Sahabat polis saya kata PN mendahului di Selangor

Image
    Ketua pembangkang yang juga bekas menteri dalam negeri Hamzah Zainudin mendakwa dia masih menerima maklumat berkenaan PRN akan datang daripada "sahabat-sahabatnya dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM)". Bercakap dalam ceramah PN di Tanjong Karang, Selangor malam tadi, Hamzah mendakwa mereka memberitahunya yang PN sebenarnya mendahului di Selangor. Ia berbeza dengan dakwaan menteri besar sementara Amirudin Shari bahawa PH yang menikmati tahap sokongan yang lebih tinggi, katanya. "Hari ini saya dengar Amirudin kata mereka (PH) yakin dan masih mendahului. Itu kata Amirudin. "Saya bekas menteri dalam negeri. Masih ramai sahabat-sahabat saya dalam PDRM. "Mereka beritahu saya yang apa yang Amirudin kata itu bukan laporan dari mereka. Laporan yang sebenar, seperti Datuk Yunus Hairi kata tadi, adalah PN masih mendahului di Selangor dan insya-Allah akan menang dalam PRN nanti," katanya ketika pelancaran jentera PN bagi DUN Permatang dan Sungai Burong. Yunus adalah...

ANWAR IBRAHIM: Imbuhan tetap penjawat awam diumum 2 minggu lagi

Image
       KOTA BHARU – Penjawat awam termasuk warga pendidik di negara ini bakal menerima berita gembira apabila kerajaan akan mengumumkan imbuhan tetap kepada golongan tersebut dalam tempoh dua minggu lagi. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pengumuman tersebut akan dibuat dalam tempoh tersebut sebelum menunggu pelarasan gaji penjawat awam yang dijangka selesai dalam tempoh lima hingga enam bulan. Menurutnya, imbuhan tetap itu sudah beberapa bulan dikaji, namun ia lewat diumumkan berikutan masih belum mendapat kelulusan daripada Kementerian Kewangan. “Selain itu, saya akan mempengerusikan pengurusan mesyuarat pertama pelarasan skim gaji itu pada minggu depan. “Pendekatan skim pelarasan gaji yang lama perlu dirombak. Jadi, tunggu pengumuman dan sedikit penyesuaian dalam tempoh masa seminggu sehingga dua minggu lagi,” katanya semasa berucap pada Program Cakna Madani Perdana Menteri Bersama Pegawai Perkhidmatan Pendidikan, Kementerian Pendid...

Laksana tanggungjawab dengan keluar mengundi – Dr. Mahathir

Image
       KOTA BHARU: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mengajak orang ramai di enam buah negeri yang menghadapi pilihan raya negeri (PRN) pada 12 Ogos ini untuk keluar mengundi. Dr. Mahathir yang kini sepentas dengan parti-parti yang pernah menjadi seterusnya berkata, tanggungjawab sebagai pengundi itu perlu dilaksanakan dengan memberi kemenangan kepada Perikatan Nasional (PN). “Saya harap kita dapat sapu bersih…  Sumber: Utusan

FAHMI FADZIL ARAH FESTIVAL GOOD VIBES DIBATALKAN

Image
    Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil mengarahkan baki dua hari konsert Good Vibes Festival (GVF) 2023 di Litar Antarabangsa Sepang, agar dibatalkan. Arahan itu dibuat setelah Fahmi mengadakan pertemuan dengan penganjur konsert berhubung aksi vokalis kumpulan The 1975 Matty Healy di pentas semalam. Ketika mengadakan persembahan, Healy dilihat memegang botol arak selain membuat ucapan menghina undang-undang Malaysia berkaitan Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT) serta mencium seorang anggota kumpulannya yang merupakan seorang lelaki. "Ingin saya tegaskan, pendirian kerajaan perpaduan amat jelas. Tiada kompromi terhadap mana-mana pihak yang mencabar, memperlekeh serta melanggar undang-undang Malaysia. "Justeru, saya telah mengarahkan pembatalan serta-merta baki festival tersebut yang sepatutnya berlangsung hari ini sehingga esok," katanya di Twitter. Fahmi berkata dia telah menggesa penganjur untuk mengenal pasti cara untuk membayar ganti ru...