Posts

TERKINI : NAJUB DAPAT PENGAMPUNAN?

Image
                                     KUALA LUMPUR : Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dikatakan telah mendapat pengampunan oleh Lembaga Pengampunan, semalam. Walaupun ada satu sumber mengesahkan kepada Utusan Malaysia mengenai  perkara itu ketika dihubungi hari ini, namun setakat ini ia masih menjadi tanda tanya kerana belum ada pengumuman rasmi daripada pihak kerajaan. Terdahulu pagi ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr. Zaliha Mustafa yang turut berada dalam lembaga itu secara ringkas memaklumkan satu kenyataan rasmi akan dikeluarkan berhubung perkara tersebut oleh Lembaga Pengampunan. Katanya, mesyuarat itu diadakan di Istana Negara, bagaimanapun tidak memaklumkan bila kenyataan rasmi itu akan dikeluarkan. Semalam, akhbar ini melaporkan Lembaga Pengampunan bermesyuarat semalam dengan dipengerusikan oleh Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan difahamkan salah satu agenda mesyuarat a

Bagaimana mendaftar di Padu dan maklumat diperlukan

Image
  Pendaftaran untuk Pusat Pangkalan Data Utama (Padu) kerajaan - yang akan digunakan untuk memperhalusi kelayakan dan pengagihan bantuan serta subsidi - kini buka. Pendaftaran boleh dibuat di pautan https://www.padu.gov.my/ dan sepenuhnya dalam bahasa Melayu buat masa ini. Untuk mendaftar, pengguna perlu memasukkan nombor kad pengenalan serta poskod mengikut apa yang ada pada MyKad, selain nombor telefon dan alamat e-mel. Anda kemudian boleh menetapkan kata laluan untuk akaun tersebut. Jika didapati anda terkunci daripada akaun anda dan tidak boleh mendaftar, bolehlah hubungi pusat bantuan Padu sama ada melalui dalam talian, telefon atau berkunjung ke kaunter agensi tersebut. Setelah kata laluan ditetapkan, anda akan mendapat pin nombor laluan khas (OTP) melalui SMS ke telefon mudah alih yang didaftarkan. Menteri Ekonomi Rafizi Ramli berkata sebelum ini terdapat sedikit masalah pada pengguna Celcom yang lambat menerima OTP tersebut tetapi isu itu sedang diselesaikan. Selep

Pokok rambai jadi 'penyelamat' mangsa banjir di Kelantan

Image
                                             Empat petani di Gua Musang, Kelantan terpaksa berpaut pada pokok rambai untuk terus hidup apabila banjir besar melanda kebun sayur mereka pada waktu petang hari ini. Menurut Jabatan Bomba dan Penyelamat, empat lelaki itu sedang tidur di kuarters pekerja di kebun sayur di Pos Blau apabila air mula naik pada kira-kira jam 5 pagi. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Gua Musang, Nor Azizi Che Noh berkata, mangsa - dua lelaki tempatan berusia 69 tahun dan dua warga Myanmar - segera meninggalkan premis itu untuk keselamatan. “Mangsa terpaksa meninggalkan rumah berkenaan yang kemudiannya dihanyutkan banjir. “Mereka kemudian berlari ke arah tempat penyimpanan baja di kebun sayur yang mempunyai pokok rambai di sebelahnya dan memanjat pokok itu. "Pekerja kemudian menghubungi majikan mereka dari atas pokok, sebelum majikan memaklumkan pihak berkuasa melalui talian kecemasan 999 pada 7.31 pagi," katanya. Selepas menerima maklumat meng

Mahkamah arah Shafee bayar LHDN RM5.5 juta tunggakan cukai

Image
  Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini memerintahkan peguam, Muhammad Shafee Abdullah membayar tunggakan cukai pendapatan berjumlah lebih RM5.5 juta kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). Ia susulan keputusan mahkamah sama pada 15 Disember lalu yang membenarkan permohonan LHDN untuk mendapatkan penghakiman terus dalam samannya. Dalam prosiding hari ini, Pesuruhjaya Kehakiman Roz Mawar Rozain memutuskan demikian selepas Peguam Kanan Hasil Norhisham Ahmad memberitahu mahkamah bahawa jumlah akhir yang perlu dibayar oleh Shafee ialah RM5,529,577.70. “Pihak kami juga memohon kos RM10,000,” kata Norhisham yang turut dibantu Peguam Kanan Hasil Muhammad Faqrol Syazreen Mohd Ghause. Bagaimanapun, peguam Muhammad Farhan Muhammmad Shafee, yang mewakili bapanya selaku defendan memohon kos RM5,000. Roz Mawar kemudian membenarkan kos RM10,000 kerana jumlah tersebut adalah munasabah. Sementara itu, Farhan memberitahu mahkamah pihaknya akan mendapatkan arahan daripada anak guam sama a

Langgar lari: DSP didakwa bunuh pelajar

Image
  Pegawai kanan polis berpangkat DSP yang terbabit dalam kes kematian seorang pelajar lelaki tingkatan lima pada Jumaat lalu, didakwa di Mahkamah Majistret Ipoh, hari ini, atas tuduhan membunuh. Pertuduhan terhadap Mohd Nazri Abdul Razak, 44, dibuat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati atau penjara minimum 30 tahun atau maksimum 40 tahun dan jika dihukum mati hendaklah disebat tidak kurang 12 sebatan. Pegawai yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah itu dihadapkan di hadapan Majistret, S Punitha. Dia didakwa membunuh Muhammad Zaharif Affendi Muhd Zamrie, 17, di Jalan Taman Jati 1, dekat Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jati, Meru antara jam 12.05 hingga 12.40 tengah hari 15 Disember lalu. Bagaimanapun tidak pengakuan direkodkan berikutan kes bunuh di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi, lapor BH Online. Pegawai kanan polis itu kelihatan tenang sepanjang prosiding, namun abang mangsa, Zarul Fitri, 29 tidak dapat menahan sebak ketika p

Bonus! Penjawat awam dapat RM2,000, pesara RM1,000

Image
                                           BERITA baik, bonus untuk kakitangan awam! Menerusi Bajet 2024, kerajaan bersetuju untuk memberi Bayaran Insentif Awal Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) sebanyak RM2,000 kepada semua penjawat awam gred 56 dan ke bawah termasuk lantikan kontrak. Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, manakala pemberian sebanyak RM1,000 kepada semua Jawatan Utama Sektor Awam termasuk polis, bomba, tentera, angkatan bersenjata dan seluruh anggota beruniform. "Bayaran insentif RM1,000 turut disalurkan kepada semua pesara kerajaan termasuk veteran berpencen serta veteran tidak berpencen," katanya ketika membentangkan Bajet 2024, pada Jumaat. Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, bayaran tersebut akan dibuat secara sekali gus pada akhir Februari tahun depan bagi meringankan beban persediaan persekolahan anak-anak serta persiapan menjelang Ramadan dan Syawal. Dalam pada itu, Anwar memberitah

Zayn Rayyan disyaki dibunuh di lokasi lain'

Image
  Kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan Abdul Matiin yang ditemukan meninggal dunia di aliran anak sungai di Damansara Damai dekat Petaling Jaya, Selangor dipercayai dibunuh di lokasi lain sebelum mayatnya diletakkan di anak sungai terbabit. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata hasil bedah siasat semalam mendapati kanak-kanak berusia enam tahun itu meninggal dunia dalam tempoh 48 jam sebelum mayatnya ditemukan. "Mengambil kira daripada hasil bedah siasat, polis merumuskan mangsa tidak mati di tempat kejadian, mungkin mati di tempat lain dan diletakkan di situ (anak sungai)...yang pasti dia (Zayn Rayyan) bukan lemas," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya di malam tadi. Mohd Shuhaily berkata hasil proses bedah siasat, selain kecederaan di leher dan badan mangsa, terdapat juga kecederaan mempertahankan diri. Dia berkata siasatan awal mendapati aliran anak sungai itu bukan laluan kebiasaan