TERKINI: MALAYSIA TERLEPAS PELUANG JANA PENDAPATAN MELALUI KUTIPAN KONSERT

 

 

 Kronologi kes Syed Saddiq

 

 

Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata negara jiran berjaya menjana pendapatan lumayan daripada konsert yang dianjurkan, sedangkan Malaysia terus berbalah mengenai kewajarannya.

Kata Syed Saddiq sebelum ini Malaysia boleh menganjurkan banyak konsert pada setiap tahun.

Bagaimanapun katanya keadaan kini berubah apabila semakin banyak rintangan muncul, selain pelbagai keluhan mengenainya.

Menggunakan contoh konsert Coldplay di Singapura, bekas menteri belia dan sukan itu mendakwa republik terbabit mampu memperoleh berjuta-juta ringgit dengan penganjuran tersebut.

Tambahan pula, katanya, band itu bersetuju menambah bilangan hari mereka beraksi daripada lima kepada enam.

"Semalam lima hari, hari ini mereka (Coldplay) tambah lagi satu tarikh!

"Malaysia pula? Nak buat satu konsert pun banyak halangan," katanya dalam hantaran di media sosial petang ini.

Band dari Britain itu dijadual mengadakan persembahan di Kuala Lumpur pada 2 Nov ini. Sambutan hangat yang diberikan peminat menyaksikan tiket konsert itu habis dalam tempoh singkat.

 

Ia mendorong peminat mendesak agar konsert tersebut dilanjutkan untuk malam kedua. Setakat ini tiada sebarang respon diberikan atas desakan tersebut.

Sementara itu band yang sama bakal beraksi di Stadium Nasional Singapura selama lima hari pada tahun depan. Tarikh yang diumumkan ialah 23, 24, 25, 25, 27 dan 30 Jan.

Hari ini Coldplay mengumumkan mereka akan beraksi untuk malam keenam - 31 Jan - di negara itu selepas mendapati jualan tiket untuk konsert tersebut terlalu laris.

Syed Saddiq berkata Malaysia terlepas peluang keemasan untuk menjana pendapatan daripada konsert tersebut.

"Stadium Singapura boleh memuatkan 50,000 orang dan harga purata setiap tiket pula ialah RM600," katanya.

Dengan kapasiti maksimum, katanya, dalam tempoh sehari sebanyak RM30 juta dikumpulkan daripada konsert berkenaan.

"Kalau enam hari? Jumlah kutipan tiket sahaja mencecah RM180 juta, dan mungkin lebih," katanya

Pada masa sama, menurut Syed Saddiq, mungkin ada peminat Coldplay dari Malaysia akan ke Singapura untuk menyaksikan konsert tersebut.

"Tak kira dari negeri mana, confirm (mereka) sanggup travel ke Singapura untuk tengok Coldplay," katanya.

Dengan anggaran tiket pergi-balik dari Kuala Lumpur ke Singapura ialah RM350, syarikat penerbangan boleh mengumpul RM350,000 jika ada 1,000 orang berkunjung ke negara tersebut.

Dalam tempoh enam hari konsert itu berlangsung, katanya, syarikat penerbangan itu memungut sehingga RM2.1 juta daripada jualan tiket.

"Ini tak campur lagi yang akan datang dari negara jiran seperti Filipina, Thailand. Lepas datang jauh-jauh naik flight, takkan pergi konsert untuk dua tiga jam saja, kan?

"Mestilah ada makan-makan, jalan-jalan.

"Anggaran seorang akan belanja RM500 untuk satu hari. Kalau 1,000 pelancong bersamaan dengan RM500,000. (Kalau) enam hari bersamaan RM3 juta.

"Ini adalah jumlah wang yang besar boleh dijana," katanya.

Sumber: Mkini

Comments

Popular posts from this blog

TABUNG HAJI DEDAH MODUS OPERANDI TERBARU SCAMMER MENGGUNAKAN NAMA TABUNG HAJI

Kerajaan sedia perinci kenaikan gaji penjawat awam

Sanusi dedah kronologi isu kontrak beras 100 juta