TERKINI: 5 NEGERI DALAM TANGAN- HAMZAH ZAINUDDIN

 

 DAP: Ceramah PN boleh 2,000 orang, lain-lain hanya 100 saja?

 

Kota Bharu: Perikatan Nasional (PN) yakin akan menang di lima negeri pada Pilihan Raya Negeri (PRN) nanti.

Setiausaha Agung Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, gabungan itu yakin akan dapat mempertahankan Kelantan, Terengganu dan Kedah, selain menawan Selangor dan Negeri Sembilan.

"Sebagai Setiausaha Agung, kita buat analisa boleh dikatakan tiap-tiap hari menerusi pegawai yang saya hantar (ke lapangan) dan Insya-Allah Kelantan, Terengganu dan Kedah kita dapat pertahankan.

"Selangor dan Negeri Sembilan Insya-Allah dengan retak yang berlaku pada mereka hari ini, kita akan dapat ambil alih, manakala Pulau Pinang tidak lama lagi dah.

"Justeru, mari kita pakat pertahankan Kelantan, Terengganu dan Kedah, manakala Selangor dan Negeri Sembilan kita akan ambil alih pada PRN ini. Pulau Pinang pula, kita pakat tumbangkan," katanya.

 



Beliau berkata demikian ketika berucap pada Himpunan Pakat Pertahan dan Pelancaran Jentera Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN) Kelantan yang dirasmikan Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang di sini, malam tadi.

Hadir sama, Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob dan Timbalannya, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.

Hamzah berharap PN akan memperoleh kemenangan besar-besaran, justeri mahu jentera pilihan raya di semua peringkat membantu dan bersiap sedia.

"Kita akan perang habis-habisan, biar lawan merasakan gerun dengan jentera kita," katanya

 

Sumber: HarianMetro


 

Comments

Popular posts from this blog

TABUNG HAJI DEDAH MODUS OPERANDI TERBARU SCAMMER MENGGUNAKAN NAMA TABUNG HAJI

Kerajaan sedia perinci kenaikan gaji penjawat awam

Sanusi dedah kronologi isu kontrak beras 100 juta