Ketepikan Pua dari PRN jika mahu keharmonian k'jaan kekal - Umno

 

 

 

Umno menghantar mesej protes secara rasmi kepada parti gabungannya dalam kerajaan perpaduan, DAP, berhubung kenyataan dibuat Tony Pua yang melabelkan BN sebagai pakatan korup.

Pada masa sama Setiausaha Agung Umno, Asyraf Wajdi Dusuki, berkata parti itu mendesak supaya Pua tidak dipertaruhkan sebagai calon oleh DAP dalam pilihan raya negeri (PRN) yang akan berlangsung tidak lama lagi.

"Saya telah menghantar mesej protes kepada kepimpinan tertinggi DAP dan desak mereka untuk jangan sesekali meletakkan beliau (Pua) sebagai calon dalam PRN akan datang jika mahu keharmonian gabungan kerajaan perpaduan Malaysia ini berkekalan.

"Lagi pun beliau sendiri masih bermimpi di siang hari sehingga terlupa bahawa kerajaan hari ini bukan kerajaan PH tetapi gabungan besar BN, PH, GPS, GRS dan Warisan yang didalamnya terdiri daripada 19 parti politik. 

 Apa yang diucapnya hanya menyerlahkan kedangkalannya sendiri," kata Asyraf Wajdi dalam kenyataan yang disiarkan di Facebooknya, hari ini.

Semalam, Tony yang juga bekas setiausaha publisiti DAP menggelar BN yang kini bersama PH dalam kerajaan sebagai ‘pakatan korup’.

Bekas ahli Parlimen Damansara itu berkata demikian sewaktu berucap pada majlis makan malam bagi mengumpul dana anjuran DAP di pekarangan Dewan Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).

Pua turut memberikan label sama kepada Bersatu sebagai sebuah lagi parti nasionalis Melayu.

Oleh itu, Pua berharap supaya PH selepas ini dapat membentuk kerajaan sendiri dalam kalangan komponen gabungan itu sendiri tanpa membabitkan Umno-BN dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang.

 

Ambil tindakan tegas

Menanggapi kenyataan Pua itu, Asyraf Wajdi menyifatkan bekas pengerusi DAP Selangor tersebut bagai meludah ke langit apabila melabelkan Umno-BN sedemikian rupa.

"Hakikatnya, rakyat tidak pernah lupa bahawa tindak-tanduknya ketika di Kementerian Kewangan dalam kerajaan PH 22 bulanlah antara penyumbang utama hingga menyebabkan ekonomi dan kewangan negara yang hebat pada zaman BN memerintah dahulu, jatuh merudum hingga menyebabkan rakyat sengsara.

"Bahkan sehingga ke saat ini, walaupun lima tahun lebih berlalu pun ekonomi negara masih belum dapat dipulihkan sepenuhnya," katanya lagi.

Sementaraitu Ketua Pemuda Umno Malaysia, Dr Akmal Saleh pula menyifatkan kenyataan yang dikeluarkan Pua sebagai biadab.

Justeru Akmal mengingatkan Pua bahawa Umno adalah aset penting dalam kerajaan yang terbentuk ketika ini.

“Jangan dek kerana tindakan biadab seorang individu seperti Tony Pua akan mengakibatkan keharmonian dan persefahaman yang ingin dibentuk tergendala serta berhenti di tengah jalan.

Comments

Popular posts from this blog

TABUNG HAJI DEDAH MODUS OPERANDI TERBARU SCAMMER MENGGUNAKAN NAMA TABUNG HAJI

Kerajaan sedia perinci kenaikan gaji penjawat awam

Sanusi dedah kronologi isu kontrak beras 100 juta