Azalina dakwa pembiaya dana dari AS dalang tuntutan Sulu
Get link
Facebook
Twitter
Pinterest
Email
Other Apps
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi
Institusi), Azalina Othman Said, mendakwa bahawa pembiaya dana dari
Amerika Syarikat (AS) dipercayai dalang dalam kes tuntutan Sulu terhadap
kerajaan Malaysia.
Bercakap pada sidang media Kes Malaysia - Sulu
di Pusat Timbang Tara Antarabangsa Asia di Kuala Lumpur, hari ini,
Azalina berkata ini berdasarkan jumlah pelayar di laman sesawang
'Malaysia-Sulu Case'.
Menurutnya, jemaah menteri sudah dimaklumkan dan pihaknya masih
menjalankan siasatan kerana bukti yang diperoleh tidak secara
menyeluruh.
"Jadi kita mahu betul-betul mengesahkannya tetapi
banyak catatan adalah dari Amerika Syarikat, sebab itu kita maklum dalam
laman sesawang kita banyak dari sana (Amerika Syarikat).\
"Kita tidak tahu mereka ini yang dari Amerika Syarikat yang seronok
hendak melihat negara Asean terbabit dalam proses… saya tidak tahu, tapi
ada 'link' yang banyak fokus di Amerika Syarikat," katanya.
Laman web www.thijari.ticketmysearch.com adalah palsu dan bukan di bawah kendalian Tabung Haji (TH). Sehubungan itu, TH dalam satu hantaran di Facebook hari ini menasihati pendeposit supaya tidak terpedaya dengan pelbagai taktik scammer dan hanya melayari alamat laman web yang betul. “THiJARI boleh diakses menerusi https://www.thijari.com.my Kalau Curiga, Jangan Percaya. "Pendeposit dinasihati untuk sentiasa peka dan berhati-hati dengan pautan yang mencurigakan," menurut hantaran itu. Laman web THiJARI merupakan platform dalam talian bagi perkhidmatan kepada para pendeposit untuk pelbagai urusan termasuk menyemak akaun, mencetak penyata akaun, pindahan wang dan perkhidmatan haji. Sumber: Malaysiakini
AYER KEROH: Kerajaan sedia memperincikan kenaikan gaji untuk kira-kira 1.3 juta penjawat awam sebelum dibentangkan dalam Belanjawan 2024, Oktober ini. Timbalan Menteri Kewangan 1, Datuk Seri Ahmad Maslan, berkata turut diperincikan adalah kenaikan kos pembayaran pencen kepada bekas anggota tentera tidak berpencen. "Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) amat prihatin kepada penjawat awam termasuklah bekas tentera yang dah lama memohon untuk kenaikan gaji (pencen). "Perkara itu sedang dibincangkan dan belum ada keputusan," katanya selepas mengadakan dialog pada siri Jelajah Belanjawan 2024 di Auditorium Seri Negeri, di sini hari ini. Beliau dilaporkan berkata, ia sebagai langkah sementara sehingga kajian menyeluruh berhubung skim gaji dan persaraan penjawat awam selesai dilakukan, yang dijangka pada tahun depan. Sementara itu, Ahmad berkata, Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) giat melaksanakan Program Jelajah Belanjawan 2024 peringkat negeri
ALOR SETAR: Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor, melahirkan rasa kesal terhadap laporan tanpa fakta tepat sehingga memberi gambaran seolah-olah Kedah menjadi punca negara kekurangan beras tempatan. Beliau berkata, laporan disebarkan itu seolah-olah kejadian itu baru berlaku di bawah pentadbirannya sedangkan tiada sebarang tindakan mahkamah diambil untuk membawa mereka yang didakwa terbabit ke muka pengadilan dalam kes berkenaan. Sanusi yang hanya dilantik sebagai Menteri Besar Kedah ke-14 pada Mei 2020, mendedahkan pada 2 Mac 2016, Kedah Agro Holdings Bhd (KAHB) menandatangani perjanjian kontrak pembuatan dan bekalan bersama Syarikat Prolink Marketing Sdn. Bhd (Prolink). Jelas beliau, berdasarkan rekod, perjanjian itu ditandatangani Pengerusi Ahli Lembaga Pengarah KAHB, Allahyarham Datuk Ahmad Zaini Japar, yang ketika itu Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Kayu Hitam bersama wakil syarikat Prolink iaitu C. Pubendran dan C. Kuganeswaran sebagai sa
Comments
Post a Comment