Posts

Showing posts from January, 2024

TERKINI : NAJUB DAPAT PENGAMPUNAN?

Image
                                     KUALA LUMPUR : Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dikatakan telah mendapat pengampunan oleh Lembaga Pengampunan, semalam. Walaupun ada satu sumber mengesahkan kepada Utusan Malaysia mengenai  perkara itu ketika dihubungi hari ini, namun setakat ini ia masih menjadi tanda tanya kerana belum ada pengumuman rasmi daripada pihak kerajaan. Terdahulu pagi ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr. Zaliha Mustafa yang turut berada dalam lembaga itu secara ringkas memaklumkan satu kenyataan rasmi akan dikeluarkan berhubung perkara tersebut oleh Lembaga Pengampunan. Katanya, mesyuarat itu diadakan di Istana Negara, bagaimanapun tidak memaklumkan bila kenyataan rasmi itu akan dikeluarkan. Semalam, akhbar ini melaporkan Lembaga Pengampunan bermesyuarat semalam dengan dipengerusikan oleh Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan difahamkan salah satu agenda mesyuarat a

Bagaimana mendaftar di Padu dan maklumat diperlukan

Image
  Pendaftaran untuk Pusat Pangkalan Data Utama (Padu) kerajaan - yang akan digunakan untuk memperhalusi kelayakan dan pengagihan bantuan serta subsidi - kini buka. Pendaftaran boleh dibuat di pautan https://www.padu.gov.my/ dan sepenuhnya dalam bahasa Melayu buat masa ini. Untuk mendaftar, pengguna perlu memasukkan nombor kad pengenalan serta poskod mengikut apa yang ada pada MyKad, selain nombor telefon dan alamat e-mel. Anda kemudian boleh menetapkan kata laluan untuk akaun tersebut. Jika didapati anda terkunci daripada akaun anda dan tidak boleh mendaftar, bolehlah hubungi pusat bantuan Padu sama ada melalui dalam talian, telefon atau berkunjung ke kaunter agensi tersebut. Setelah kata laluan ditetapkan, anda akan mendapat pin nombor laluan khas (OTP) melalui SMS ke telefon mudah alih yang didaftarkan. Menteri Ekonomi Rafizi Ramli berkata sebelum ini terdapat sedikit masalah pada pengguna Celcom yang lambat menerima OTP tersebut tetapi isu itu sedang diselesaikan. Selep