TERKINI: KENYATAAN SANUSI UNDANG KEGUSARAN RAKYAT
KUALA LUMPUR : Perikatan Nasional (PN) menzahirkan kebimbangan sekiranya kenyatan Pulau Pinang milik Kedah terus dipergunakan sehingga menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN). Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, tindakan itu dilihat mampu mencetuskan kegusaran dalam kalangan rakyat. Beliau turut berkata, apa yang menjadi keutamaan adalah bagi memastikan tidak berlakunya isu perpecahan melibatkan gabungan di dalam PN. “Kalau kita bangkitkan isu ini, waktu ini, ia boleh menyebabkan ada perasaan tidak senang. Jadi, fakta yang sebenarnya, memang betul Pulau Pinang itu milik Kedah, dahulunya.“Tapi, buat masa ini, yang pentingnya adalah kita bangunkan negara kita ini... biarlah kita tahu bahawa kita bersama untuk menentukan masa depan kita yang lebih baik “Kita tidak mahu ada perpecahan di mana-mana peringkat,” katanya. Beliau berkata demikian selepas merasmikan program Kejuaraan Silat Terbuka Pendekar Seabad Universiti Malaya (UM) kali ke 14 di s...